Suku Buton ini berasal dari pulau terbesar ke-19 di Indonesia, iaitu Pulau Buton yang terletak di Wilayah Sulawesi Tenggara Indonesia.
Mereka dibahagikan kepada
beberapa suku yang lebih kecil di mana beberapa orang antara mereka mempunyai
keadaan genetik yang jarang ditemui dikenali sebagai Waardenburg Syndrome, yang
mempengaruhi pigmentasi.
Mereka yang memiliki genetik Waardenburg Syndrome ini memiliki mata biru elektrik, sesuatu yang sangat jarang terjadi di Indonesia, di mana kebanyakan orang mempunyai rambut gelap dan mata gelap.
Sindrom Waardenburg adalah
mutasi genetik keturunan yang dianggarkan terdapat dalam beberapa bentuk pada 1
dari 42,000 orang.
Selain kesannya yang
kadang-kadang mengejutkan pada pigmentasi mata, termasuk menyebabkan mata
berlainan warna, ia juga boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.
Gambar-gambar Suku Buton dirakam oleh Korchnoi Pasaribu, seorang ahli geologi dari ibu kota Jakarta, Indonesia, dalam lawatan ke pulau itu pada 17 September.
Fotografer berusia 38 tahun
dan bapa kepada dua orang anak itu telah mendokumentasikan kehidupan di
pedalaman Indonesia sejak September 2019, dengan tumpuan khusus kepada banyak
suku dan warisan budaya.
Dia mengatakan bahawa suku
bermata biru memberi inspirasi kerana mereka sangat unik.
Pasaribu berkata: 'Mata biru unik dan cantik dan ia adalah inspirasi saya. Biru adalah warna mata kegemaran saya. '
Indonesia adalah kepulauan
yang luas dengan lebih dari 350 dialek dan subkultur. Dengan ukuran 1,700 batu persegi, Pulau Buton
adalah salah satu pulau terbesar di Indonesia.
Penduduknya berjumlah kurang dari 450,000 orang di mana banyak tinggal
di kawasan kecil yang terpencil. Sebahagian
besar pulau ini diliputi hutan hujan. [dailymail.co.uk]
0 Comments