Video yang sangat luar biasa menunjukkan seekor rusa besar seberat 1,000 paun berlari di atas air menyeberangi sungai tanpa sedikit pun badannya tenggelam telah terakam di sungai Alaska. Video itu dirakam oleh Kristy Paniptchuk ketika dia menjelajah sungai dengan bot kecilnya.
Menurut Paniptchuk, video yang dirakamnya itu bukan palsu, kelihatan sangat luar biasa dan ajaib ketika rusa itu terapung berlari di atas air menyeberangi sungai menuju ke seberang.
Apabila anda melihat video
tersebut dengan keadaan sungai yang sangat lebar dan di penuhi air itu seolah-olah
rusa besar itu mempunyai keupayaan yang sangat luar biasa. Sebenarnya apa yang berlaku bukanlah satu
keajaiban. Kedalaman air sungai tersebut hanyalah sekitar lima inci sahaja di tengah
sungai tempat rusa itu lalu.
Paniptchuk menggunakan bot sungai yang menggunakan motor jet semasa video itu dirakam. Orang Alaska menggunakan bot dengan reka bentuk permukaan lantai bot rata untuk membolehkan mereka menggunakan banyak jalan air yang cetek di negeri ini. Lantai bot permukaan rata hanya sesuai untuk sungai cetek dan tasik terlindung tetapi berbahaya di perairan terbuka.
Untuk membolehkan mereka
melalui sungai yang sangat cetek, kebanyakan penduduk mempunyai bot yang
menggunakan jet air. Sistem penggerak jet
menyedut air dari bawah bot dan mengeluarkannya pada tekanan tinggi dari
belakang. Kepala jet membolehkan pergerakan yang luar biasa. [dailymail.co.uk]
0 Comments