Subscribe Us

Menara Jeddah, Bangunan Tertinggi Di Dunia, Ketinggian 1 Kilometer!


Bagi kebanyakan orang di seluruh dunia, Burj Khalifa adalah pencakar langit yang indah, tinggi dan direka dengan baik ini adalah salah satu bangunan tertinggi di dunia terletak di Emiriah Arab Bersatu.

Walaubagaimanapun, selepas ini sudah pasti bahawa mereka akan menempah semula percutian mereka ke Jeddah dan bukannya Dubai kerana Jeddah bakal memiliki sebuah bangunan tertinggi di dunia yang dikenali sebagai ‘Jeddah Tower’ dengan ketinggian 1 kilometer (1000 meter)



Menara Jeddah menyediakan pangsapuri, hotel empat musim, ruang pejabat kelas A dan banyak lagi. Ini akan menjadi syarat utama untuk menjadikan Menara Jeddah sebagai lokasi menarik bagi ahli-ahli perniagaan melabur dan juga tumpuan utama para pelancong mengunjungi menara ini.

Menara Jeddah akan menjadi bukti skil kemahiran kejuruteraan dan seni bina yang hebat terutamanya pelabur The Jeddah Tower pastinya tidak akan mengecewakan.



12 Fakta Mengenai Menara Jeddah

 

1. Menara Jeddah akan menjadi Pencakar Langit Tertinggi di Dunia setelah mengalahkan Burj Khalifa melebihi ketinggian 173 meter dan menjadi bangunan pertama yang mencapai satu kilometer.

 

2. Menara Jeddah dinamakan sebagai Kingdom Tower pada awalnya.

3. Menara Jeddah sedang dalam pembinaan yang direka oleh Arkitek Amerika Adrian Smith yang juga pereka Burj Khalifa.

 

4. Menara ini pada awalnya dirancang hampir 1.6 kilometer tetapi kawasan itu tidak cukup stabil untuk menopang bangunan setinggi itu dan dengan demikian sekarang ini adalah satu kilometer namun ketinggian terakhir belum diumumkan.

5. Menara Jeddah dimiliki oleh Putera Saudi Al-Waleed bin Talal yang juga merupakan orang terkaya di Timur Tengah. Putera Arab Saudi yang juga anak saudara Raja Abdullah telah banyak meluangkan masa dan pengabdiannya kepada Menara Jeddah dengan harapan bahawa Menara Jeddah akan menjadi asas untuk mengubah dan memodenkan Arab Saudi.

 

Putera Al-Waleed merupakan Chairman Kingdom Holding Company (KHC) yang kini merupakan syarikat terbesar di Arab Saudi. Syarikat ini juga merupakan rakan kongsi Jeddah Economic Company (JEC). Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2009 untuk pembinaan Kingdom City and Tower.

 

6. Menara Jeddah telah dirancang dengan penuh ketelitian untuk memberikan ciri estetik dan sekali lagi akan menjadi topik perbincangan di antara banyak forum di seluruh dunia. Anggaran kos keseluruhan untuk menara itu ialah 1.23 bilion dolar AS.

 

7. Bangunan Menara Jeddah sangat besar dan sangat tinggi sehingga tidak mungkin melihat pemandangannya secara menyeluruh dalam satu paparan melalui mata kasar.

 

9. Suhu di tingkat atas Menara Jeddah akan menjadi separuh lebih sejuk daripada suhu di tingkat bawah Menara Jeddah.

 

10. Menara Jeddah mempunyai 59 lif yang akan bergerak dengan kadar 35 KPH.

 

11. Lantai Menara Jeddah seluas 530,000 meter persegi.

 

12. Menara Jeddah sangat ideal untuk menjadi sangat magnetik, mendapat pujian yang tinggi dari banyak negara. 


Menara Jeddah dianggap sebagai asas untuk melambangkan kekuatan dan kekayaan negara. Banyak orang berpendapat bahawa ini akan menjadi bencana kewangan tetapi untuk itu, kita perlu menunggu dan melihat. [lifeinsaudiarabia.net/youtube.com]

Catat Ulasan

0 Ulasan