Subscribe Us

'Pesticide Ducks', Pengeluar Beras Terbesar Dunia Menggunakan Teknologi Lama Membersih Sawah Padi Daripada Perosak Dan Rumpai Dengan Ribuan Itik

Setiap tahun, kawanan ribuan itik 'Pesticide Ducks' dilepaskan ke sawah-sawah yang luas untuk membersihkan sawah-sawah padi daripada serangga atau haiwan perosak yang tidak diingini serta ranting padi yang tersisa dari penuaian terakhir.

 

Walaupun dunia pertanian telah menyaksikan kemajuan teknologi moden dalam bidang pertanian namun sejak beberapa dekad yang lalu di Thailand yang merupakan pengeksport beras kedua terbesar di dunia, para petaninya masih menggunakan penyelesaian kaedah lama berabad-abad untuk memastikan sawah mereka berada dalam keadaan optimum. Setiap tahun, mereka bergantung pada penternak itik untuk melepaskan puluhan ribu itik muda ke sawah-sawah mereka, untuk membersihkannya daripada perosak seperti siput ceri dan siput epal, serta rumpai dan sisa padi. Selain bertindak sebagai racun perosak semula jadi, itik juga menyuburkan ladang dengan kotorannya.

"Manfaat untuk peternak adalah dapat mengurangkan kos untuk memberi makan itik," kata seorang peternak itik berusia 34 tahun, kepada Reuters. "Sebagai balasannya, bagi petani padi itik membantu memakan hama dari ladang dan para petani dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia dan racun perosak."

 

Itik dari usia 20 hari dilepaskan berkeliaran di sawah-sawah selama kira-kira lima bulan setiap tahun. Bergerak dari ladang ke ladang sebelum kembali ke ladang itik untuk bertelur selama tiga tahun lagi. Sekumpulan 10,000 ekor itik dapat membersihkan ladang seluas 70 hektar secara menyeluruh dalam masa sekitar seminggu.

 

Menggunakan itik sebagai racun perosak semula jadi untuk sawah adalah sebahagian dari tradisi lama di wilayah Nakhon Pathom yang dikenal sebagai "ped lai thoong" [ladang mengejar itik). [odditycentral]

Post a Comment

0 Comments