Berikut beberapa kaedah cara mempertajam gunting yang mudah dan efektif yang dipetik dari berbagai sumber;
1 Menggunakan Aluminium Foil
a. Siapkan satu lembar kertas
aluminium foil sepanjang 20-25 cm.
b. Lipat sama panjang beberapa
kali, hingga membentuk lipatan tebal.
c. Potong aluminium foil
dengan gunting hingga habis. Namun pastikan seluruh mata gunting mendapatkan bahagian
yang sama.
d. Bersihkan mata pisau gunting menggunakan tisu yang sudah dibasahi dengan air hangat untuk menyingkirkan serpihan aluminium yang menempel di mata gunting
2 Menggunakan Kertas Pasir
Kertas pasir mempunya
permukaan kasar yang sangat ampuh untuk mengasah gunting agar lebih tajam.
a. Sediakan kertas pasir
dengan nombor grit 150-200.
b. Potong kertas pasir jadi
lembaran panjang. Ketika proses menggunting tersebut kedua mata gunting akan
terasah.
c. Bersihkan gunting dengan tisu lembap.
3. Menggunakan Botol
Menggunakan botol? Cara aini
cukup efektif dan sering digunakan untuk mempertajam gunting.
a. Sediakan botol kaca.
b. Ambil gunting tumpul yang
ingin dipertajam. Lakukan gerakan
menggunting pada bahagian leher botol kaca dengan gerakan cepat dan berulang
hingga mata pisau gunting tajam dan berkilau.
c. Cucinya hingga bersih.
4. Menggunakan Batu Asah
a. sediakan kan batu asah.
b. Jika mata gunting sangat
tumpul, anda perlu mengasahnya pada sisi batu yang kasar. Namun, jika gunting
hanya perlu sedikit dipertajam, anda hanya menggunakan sisi batu asah yang
lebih halus.
c. Basahi dengan sedikit air
atau minyak asah.
d. Tanggalkan gunting dengan
melepaskan sekeru yang menyatukan kedua mata gunting supaya proses mengasah
lebih mudah.
e. Asah mata pisau gunting
satu persatu. Ulangi langkah mengasah dengan perlahan-lahan dan hati-hati
hingga mata pisau mulai semakin tajam.
h. Bersihkan gunting menggunakan air
5. Dengan Bantuan Jarum
a. Letakkan jarum di
sela-sela gunting.
b. Lakukan gerakan memotong seperti
mengasah gunting dengan botol.
c. Ulangi langkah tersebut
hingga mata gunting semakin halus dan tajam.
d. Bersihkan gunting
Selamat mencuba [berbagai sumber]
0 Comments