Subscribe Us

Tip Karpet Lebih Bersih & Nampak Baru, Mop Dengan Air Panas Dan Campuran Bahan Lain

Karpet menjadi salah satu aksesori penting untuk memastikan hiasan dalaman rumah kelihatan lebih cantik dan eksklusif.  Namun karpet lama yang telah kusam dan kepam memberi masalah kepada kita untuk membersihkannya.  Sekadar vakum sahaja belum dapat membersihkan karpet menjadi seperti baru. Jika selama ini kita hanya  mop lantai, rupa-rupanya karpet atau permaidani juga perlu dimop. 

 

Menerusi perkongsian FB SyarifahFarhana Syed Fadzil, karpet bukan hanya perlu divacuum tetapi kena mop juga barulah ia lebih bersih, hilang segala habuk, bebas kuman dan nampak macam bam. La dipelajari daripada pembantu rumah ketika sedang membersihkan karpet.

 

Bahan-Bahan:

Air Panas

2 Sudu Besar Garam

I penutup Cecair Pencuci Detol

 

Cara Membuat:

1 . Masak air tak kisah la dalam cerek ke, dalam kawah ke, dalam periuk. Fana masak dalam periuk besar pasal tak ada cerek. Masak air agak-agak banyaknya tu tenggelam mop cukup la, lagi banyak lagi bagus.

 

2. Selepas mendidih, curahkan air tersebut ke baldi mop. Curah dengan berhati-hati.

 

3. Selepas itu, masukkan garam dalam 2 sudu makan dan I tutup pure detol, jangan pakai sabun mandi gel detol pulak.

 

4. Perah mop tu kuat-kuat jangan sampai ada air menitik, tapi pastikan jangan perah pakai tangan tau.

 

5. Boleh mula mengemop karpet yang ada. Sewaktu mop tu, tekan kuat pada karpet tersebut.Nanti dalam air mop akan nampak la betapa 'cafe latte ' nye air mop itu.

Info Ekstra!

*Sebaiknya gunakan mop baru khas untuk karpet sahaja.  Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba! [FB SyarifahFarhana Syed Fadzil / Mingguan Wanita]

Post a Comment

0 Comments