Subscribe Us

Mampu Hidup Tanpa Kepala Dan Sudah Wujud Sejak 220 Juta Tahun! Banyak Lagi Fakta Tentang Lipas Yang Tidak Diketahui

Lipas merupakan salah satu haiwan yang sering muncul di kawasan rumah kerana mereka menyukai tempat dengan kelembapan tinggi, seperti bilik mandi, gudang, bahkan sampai ke sudut penyimpanan pinggan mangkuk. Ada fakta mengejutkan yang tidak diketahui banyak orang.

 

Fakta pertama yang diketahui oleh para penyelidik, lipas menjadi salah satu serangga yang berevolusi dengan sangat cepat. Laman Owlcation menyatakan, lipas muncul kira-kira 220 juta tahun lalu.

 

Meskipun menjadi salah satu haiwan tertua di dunia, lipas mepunyai kemampuan bertahan hidup yang sangat luar biasa.

 

Haiwan Berdarah Dingin Dan Boleh Hidup Tanpa Kepala

Fakta kedua, lipas merupakan haiwan yang tidak memiliki paru-paru dan tidak memiliki jaringan pembuluh darah.  Lipas bernafas melalui spirakel, iaitu lubang ventilasi kecil yang melekat di tubuhnya.

 

Melalui lubang spirakel, oksigen langsung tersebar ke seluruh tubuh tanpa perlu aliran darah, sehingga lipas tidak perlu bernafas melalui hidung, mulut, atau kepala.

 

Fakta ketiga, bahawa lipas mampu menahan nafas selama 40 minit terendam di dalam air. Lipas juga sering menahan nafas untuk membantu menghilangkan air yang melekat pada tubuhnya.

 

Fakta keempat, lipas mempunyai kemampuan dengan tidak minum selama satu minggu dan hidup tanpa kepala. Lipas juga mampu menahan lapar selama satu bulan sampai makanan dalam tubuhnya habis.

Pembawa Bakteria

Di sebalik kemampuannya yang luar biasa untuk bertahan hidup, lipas ternyata memainkan peranan sebagai pembawa kuman dan bakteria. Lipas makan dari sisa-sisa makanan di rumah, sampah organik yang membusuk, dan paling buruk adalah memakan kotoran haiwan lain.  

 

Bahagian terburuk yang harus anda ketahui adalah lipas selalu meninggalkan jejak mereka, mulai dari kotoran hingga air liur. Bahagian tubuh lipas juga mengandung alergen spesifik yang menyebabkan manusia dapat terkena alergi dan menyebabkan gangguan pernafasan, seperti asma.

 

Paling parah, lipas juga adalah pembawa penyakit serius seperti Poliomyelitis yang menyebabkan polio dan juga bakteria yang menyebabkan diare parah hingga pendarahan.

 

Dengan melihat fakta tersebut, kita harus sedar bahawa lipas tidak boleh dimatikan dengan cara diinjak karena tubuhnya akan jadi sumber penyakit.

 

Oleh itu, cara benar dan efektif untuk membasmi k lipas ialah dengan menggunakan 'racun' anti lipas seperti produk spray anti lipas yang mampu membasmi lipas sampai ke sudut yang tersembunyi dan sulit dijangkau. ( owlcation.com)

Post a Comment

0 Comments