Subscribe Us

Ramai Tidak Tahu, Begini Cara Menutup Semula Kotak Bijirin Dengan Betul Untuk Memastikan Makanan Kekal Segar

Seorang lelaki telah berkongsi video cara-cara bagaimana hendak menutup semula kotak makanan yang telah dibuka dengan cara yang betul dan rapi bagi memastikan bijirin sentiasa segar di dalam kotak.


Nathan Fairbrother dari Australia mendedahkan bahawa hampir semua orang mungkin menutup kotak yang telah dibuka dengan kaedah yang tidak betul menyebabkan baki makanan yang tersimpan cepat rosak, tidak segar dan lemau kerana telah dimasuki udara.

Bermula dengan memasukkan tab ke dalam slot yang telah terbuka, trik lipat pintar akan mengelakkan udara dari paket bagi memastikan kandungannya lebih segar dan tahan lebih lama.


Dalam rakaman videonya, Fairbrother melipat panel kedua-dua sisi ke bawah ke dalam kotak bersama dengan panel kadbod mendatar dengan menyelitkankannya ke dalam kotak.

 

Kemudian, sisi kotak dilipat ke dalam dan ditekan bersama. [dailymail.co]

Catat Ulasan

0 Ulasan