Subscribe Us

Mengerikan, Penduduk Tempatan Membelah Perut Buaya Dan Mengeluarkan Anggota Tubuh Mangsa Dibaham


Seekor buaya berukuran 19 kaki telah membaham seorang wanita berusia 45 tahun, bernama Fatimah, ketika sedang memancing di sebatang sungai di Kalimantan Utara, Indonesia, pada malam Jumaat lalu.

Rakan-rakan terkejut mendengar jeritan Fatimah yang menyaksikan dengan rasa ketakutan yang teramat ketika reptilia itu mengetap rahangnya di seluruh tubuhnya dan menyeretnya ke bawah permukaan air.

Buaya sepanjang 19 kaki itu kemudiannya berjaya ditangkap pada keesokan harinya setelah sepasukan anggota polis dan penduduk yang marah memburunya.

Rakaman mengerikan menunjukkan penduduk tempatan membelah perut buaya dan mengeluarkan sebahagian potongan-potongan anggota badan mangsa yang ditelan buaya itu.

Kepala Fatimah dan bahagian anggota badannya yang lain kemudian ditemui berdekatan dengan tempat kejadian yang ditinggalkan oleh buaya itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan