Subscribe Us

Penemuan Terkini, Kandungan Dalam Kulit Epal Menyembuh Penyakit Multiple Sclerosis, Apa Itu Multiple Sclerosis?

Kajian terbaru oleh sepasukan penyelidik AS, menemui bahan kimia yang terkandung dalam kulit epal dapat mengubah rawatan berganda bagi pengidapa masalah penyakit multiple sclerosis[MS].


Sebatian yang membuat kulit epal berkilau dan licin seperti lilin dapat diubah dan diproses menjadi ubat utama untuk memulihkan kerosakan saraf teruk yang disebabkan oleh penyakit ini.

 

Para penyelidik AS mengatakan penemuan ini bukan saja untuk penyembuh tetapi ia juga akan meningkatkan kualiti hidup pesakit dengan ketara.


MS, yang biasanya dihidapi oleh wanita daripada lelaki, biasanya menyerang pesakit berusia 20-an hingga 30-an.  Gejala-gejalanya bermula dari kekejangan hingga kelumpuhan, disebabkan oleh ‘friendly fire' dalam sistem kekebalan tubuh kerana secara tidak sengaja menyerang tisu yang sihat.

Ia merosakkan myelin yang melapisi neuron pada sistem saraf pusat. Saraf akhirnya menjadi parut dan penghantaran isyarat terganggu.

 

Dalam kajian tersebut, seperti yang diterbitkan dalam jurnal Prosiding Akademi Sains Nasional, para penyelidik dari Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia, memberikan sebatian kulit epal kepada tikus 'advanced stages' yang menderita penyakit seperti MS. 

 

Sebilangan haiwan yang lumpuh yang diberikan sebatian ini telah  dapat berjalan semula.

 

Co-author kajian itu, Profesor Guang-Xian Zhang berkata: “berita menggembirakan melihat sebatian ini menghenti dan memperbaiki kerosakan MS di makmal." Penyelidik berharap dapat menguji sebatian tersebut pada pesakit tidak lama lagi.

 

Apa Itu Penyakit Multiple Sclerosis?

MS ialah sejenis penyakit neurologi autoimun yang menyebabkan keradangan sistem saraf pusat. Sistem imun menyerang mielin iaitu lapisan perlindungan yang menyelaputi serat saraf.

 

Serangan ini menyebabkan radang dan tisu berparut lalu menyukarkan otak menghantar isyarat kepada bahagian lain badan. Secara beransur-ansur, MS menyebabkan kemerosotan otak seterusnya menimbulkan kerosakan mental dan kehilangan upaya dari segi fizikal.

Post a Comment

0 Comments