Subscribe Us

Malaysia Golden Arowana, Ikan Hiasan Termahal, Penyeri Rumah Dan Penawar Stres

Malaysia merupakan pengeluar arowana baka golden terbesar dunia, dan sebahagian besar dari pengeluaran anak-anak arowana baka ini diekspot ke luar negara. Permintaan dunia terhadap spesies arowana baka golden selain arowana merah sangatlah tinggi, terutamanya dari negara-negara Asia. Hanya sebahagian kecil sahaja dari anak-anak yang dikeluarkan dari kolam-kolam pembiakan arowana di negara ini yang dijual untuk pasaran tempatan.


Malaysia Golden Arowana adalah baka yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan pada suatu ketika dulu banyak terdapat secara liar di Sungai Kerian dan Tasik Bukit Merah.

Walaubagaimanapun baka asal yang hidup secara liar sudah hampir pupus kerana ditangkap oleh penggemar-penggemar arowana, sebahagiannya dijual kepada penggemar-penggemar luar negara manakala sebahagian lagi masih terdapat di kolam-kolam peliharaan arowana seperti di sekitar Tasik Bukit Merah.


Malaysia Golden (MG) badannya mempunyai warna emas tetapi tidak meliputi keseluruhan "ring" pada sisik baris ke-6 (barisan sisik atas belakang). Kriteria utama baka MG dapat diringkaskan seperti berikut:


i.  Warna emas yang pekat pada gold ring


ii. Gold ring meliputi sisik di paras 5.5 iaitu sehingga sebahagian dari sisik pada paras 6 apabila matang


iii. Chu yang halus pada bahagian badan di bawah sirip dorsal


iv. Chu yang halus juga terdapat pada pada bahagian bawah badan, di atas sirip "anal"


"Chu" atau juga dipanggil "pearlis" adalah merupakan sisik-sisik halus berwarna keemasan yang terdapat pada badan ikan di bahagian bawah sirip atas (dorsal fin)  sirip bawah (anal fin) dan juga juga pada bahagian ekor.

[Sila klik untuk besarkan gambar lebih jelas]

Malaysia Golden

Arowana dari baka golden yang boleh didapati hari ini kebanyakannya bukannya merupakan baka Malaysia Golden (MG) tulen, sebaliknya telah dikacuk. Ia boleh dikelaskan kepada beberapa jenis.

Berikut 2 jenis Malaysia Golden Arowana terbaik iaitu:

1. Golden Head Arowana

Golden Head sebenarnya bukanlah baka Malaysia Golden atau G tulen. Malah ia adalah baka yang terhasil dari teknologi kacukan (hibrid) di antara baka MG dan baka arowana merah (red arowana).

 

Arowana golden head ini tergolong dalam famili Golden series. Terdapat jalur berwarna emas yang berbentuk seperti cincin melitupi lingkaran luar sisik, yang merupakan kriteria utama MG.


Bagi arowana golden head, gold ring ini meliputi semua barisan sisik termasuk sisik di paras 6. Walau bagaimanapun, warna emas "gold ring" ini kurang pekat berbanding dengan MG (iaitu less intense). Di samping itu terdapat tompokan emas pada bahagian atas kepala (forehead) juga.

Untuk melayakkan sesekor arowana dari baka gold dipanggil MG, ia mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebaris penuh "chu". Sekiranya ia hanya mempunyai beberapa keping 'chu' kasar, arowana ini hanya layak dipanggil Super Highback.

 

Arowana Golden Head yang berkualiti tinggi merupakan baka termahal dalam species Malaysia Golden. Ia matang dan mula membiak selepas usia 3 tahun.


2. Malaysian Golden Crossback Arowana

Malaysian Golden Crossback Arowana adalah baka kedua termahal dalam spesies arowana Malaysia selepas Golden Head Arowana . Rupanya kelihatan seperti Golden Head dengan kehadiran chu yang halus dan tersusun rapi, tetapi kepala tidak mempunyai tompokan emas. 


Selain itu, satu lagi perbezaan antara Golden Head dan Crossback adalah warna emas "gold ring" pada Crossback adalah lebih pekat (very intense). Ini adalah kerana pada GH, kepekatan warna semakin pudar kerana ia dikacuk dengan arowana merah.


Kelihatan hujung sisik pada semua barisan disaluti "ring" emas termasuk pada sisik barisan ke 6 (barisan sisik atas belakang). Oleh kerana warna emas sudah "cross" sampai ke barisan sisik atas belakang, ia dipanggil CrossBack.

Baka Crossback juga matang dan membiak selepas usia 3 tahun.


Panduan Umum Memelihara Arowana

Kapasiti Akuarium Minimum yang Disyorkan: 55 galon / 220 liter untuk remaja, tetapi bagi arowana yang dewasa memerlukan akuarium yang berukuran 250 gelen/ 1000 liter atau lebih besar. [akuarium berukuran 4x2x2 kaki]

Keserasian: hanya seekor arowana untuk akuarium bersaiz 4x2x2 kaki atau lebih besar.  Bagi akuarium yang bersaiz sangat besar seperti akuarikum berukuran 8 kaki panjang x 3 kaki lebar dan tinggi 3 kaki anda boleh meletakkan 6-8 ekor arowana remaja dalam satu akuarium.

 

Suhu: 75 - 86 Deg F / 24 - 30 Deg C

Kimia air: pH 7.0 - 7.7


Makanan: ikan kecil, berudu, udang air garam hidup, cacing coklat hidup, cacing tanah kecil dan makanan hidup lain.

Ia boleh dilatih untuk menerima pelet, sepotong makanan beku, udang cincang dan lain-lain makanan yang sesuai.


Jantina: Terdapat kajian yang mengaitkan ukuran kepala dengan jantina yang 70% tepat.


Maklumat Tambahan: Sangat penting bahawa akuarium anda perlu mempunyai penutup yang ketat kuat. Arowana  gemar melompat!

 


Arowana tidak bertolak ansur dengan kualiti air yang buruk, jadi penyaringan yang sangat baik bersama dengan penukaran air baru yang kerap sebanyak 20-30% saja adalah diperlukan untuk memastikan nitrat kekal rendah. 


Penukaran air baru pada kadar 20-30% hendaklah dilakukan dengan kadar perlahan aliran masuk air dari paip untuk memastikan suhu air tidak berubah secara mendadak, mengelakkan arowana daripada klorin air baru, dan memastikan perubahan kualiti air tidak mengejutkan arowana anda.

Malaysia Golden Arowana

Tangki akuarium anda harus diletakkan di kawasan yang privasi, aman tidak banyak gangguan agar arowana tidak takut dengan pergerakan secara tiba-tiba. Pergerakan secara tiba-tiba di sekitar akuarium harus dielakkan.


Pencahayaan sebaiknya redup dan elakkan menyalakan atau mematikan lampu secara tiba-tiba. Arowana yang ketakutan atau gelisah akan bertindak agresif dan dengan mudah boleh melukai dirinya sendiri. [Rujukan dari pelbagai sumber]

Post a Comment

0 Comments