Subscribe Us

Kucing Genetik Chimera Berwajah Dua Warna Sangat Mencolok, Mencuri Perhatian Ribuan Warga Maya, Sangat Unik Dan Nakal

Kucing dua muka! Inilah kucing viral, mukanya separuh kelabu dan separuh putih telah mencuri dan memenangi hati pencinta kucing dan pengguna instagram kerana mukanya yang sangat unik, wajahnya memiliki dua warna sangat mencolok mata dan  gebu pula.

Sesetengah orang mengatakan bahawa kucing boleh bermuka dua, pandai berlakon dan berpura-pura untuk menarik perhatian tuannya. Namun dengan memeluknya walaupun sekejap sudah cukup untuk anda mendapatkan rawatan bagi menghilangkan stress dan keletihan kerana bebanan tugas seharian. 

Cat, nama diberi oleh pemiliknya, seekor kucing berusia 21 bulan dari utara Thailand ini memiliki keunikan pada mukanya, di sebelah kanan mukanya berwarna putih dan di sebelah kirinya berwarna kelabu, secara  bergurau di laman instagramnya Eve menulis bahawa kucingnya kelihatan seperti penjahat Batman, Harvey Dent, yang juga dikenal sebagai talam dua muka.

Kucing dengan ciri dua bahagian muka berbeza warna adalah hasil daripada genetik chimerism, iaitu kejadian semula jadi yang jarang berlaku di mana ia terhasil daripada sel-sel sekurang-kurangnya daripada dua sel telur asli yang berbeza.

 

Kucing peliharaan eve adalah keturunan kacukan Persian dan Scottish Fold, mempunyai tiga warna telah menarik minat ribuan pengikut di Instagram kerana penampilannya wajahnya yang sangat unik.

Cat suka memburu lipas, dan sangat suka kertas tandas. Eve mengatakan bahawa dia terpaksa menyembunyikan bekalan kertas tandas kerana ia akan membuatkan kucingnya menjadi gila-gila apabila dapat bermain dengan kertas tandas. [instagram miaow_maew] [boredpanda.com]

Catat Ulasan

0 Ulasan