Subscribe Us

Kayo Tuan Rumah Ni; Ratusan Unit Telefon Iphone 6 Digunakan Sebagai Jubin Hiasan Untuk Pagar Rumah

Sebuah video TikTok yang sedang viral dengan jumlah tontonan lebih 1.7 juta kali menunjukkan pagar konkrit sebuah rumah dihiasi dengan beratus-ratus unit telefon pintar iphone 6 mencetuskan perdebatan hangat mengenai keasliannya.


Video TikTok yang disiarkan oleh seorang user Vietnam @minhhienapple minggu lalu menunjukkan pagar sebuah rumah terletak di luar bandar di Vietnam dihiasi dengan beratus-ratus unit iPhone6 ternyata sangat indah, unik dan kelihatan mewah.

Mungkin pemilik rumah berpandangan bahawa telefon pintar iPhone 6 lebih baik daripada jubin hiasan batu atau seramik biasa untuk memperindah pagar konkrit mereka. Beberapa komen pada video tersebut mendakwa bahawa ia hanya pelekat hiasan, namun beberapa bahagian video menunjukkan sekurang-kurangnya ia adalah iPhone sebenar.

Catat Ulasan

0 Ulasan