'Teksi udara' tanpa juruterbang ini berupaya membawa barang berat sehingga 150kg untuk setiap penerbangan dan mengirimnya ke daerah terpencil seperti kawasan penempatan tanah tinggi di pergunungan dan kawasan petempatan di pulau-pulau.
Rakaman yang dikeluarkan oleh syarikat itu menunjukkan kenderaan udara tanpa pemandu, EHang 216, terbang melintasi laut dan gunung ketika para jurutera menguji pelbagai fungsinya.
EHang, sebuah firma teknologi yang berpusat di Guangzhou, mendakwa bahawa drone mereka adalah kenderaan udara autonomi yang membawa penumpang elektrik pertama di dunia.
Kenderaan tanpa pemandu itu
dikatakan mampu memuatkan dua penumpang dan dapat terbang dengan kelajuan lebih 150km sejam.
Syarikat yang disenaraikan di
Nasdaq itu juga merancang untuk melancarkan perkhidmatan lawatan bersiar-siar untuk
pelancong dan tetamu hotel dengan drone membawa penumpang.
Pada bulan Mei, EHang menandatangani perjanjian dengan LN Garden Hotel di Guangzhou untuk menawarkan perkhidmatan pelancongan udara kepada pelanggan dalam masa terdekat.
China belum memberikan
kelulusan untuk drone membawa penumpang tetapi kebenaran untuk perkhidmatan
kargo udara EHang dianggap oleh media China sebagai kemajuan besar.
Drone teksi ini merupakan cara
baru lebih praktikal dan lebih pantas untuk menghantar barang ke kawasan
terpencil negara itu berikutan industri e-dagang yang berkembang pesat.
Penduduk yang tinggal di
perkampungan luar bandar di seluruh China kini dapat menjual dan membeli produk
dalam talian dengan bantuan aplikasi live streaming. [dailymail.co.uk]
0 Comments