Subscribe Us

Ular Langka Berkepala Dua Ditemui Saling Menggigit Mencari Makanan

Seekor ular berkepala dua yang sangat jarang telah membingungkan pakar haiwan setelah ditemui oleh peminat hidupan liar di hutan Timur India.

Reptilia ini baru dilahirkan dan telah dikenal pasti sebagai Ular Serigala, [Wolf Snake] yang merupakan spesies yang tidak berbisa.

Rakaman video menunjukkan ular itu sedang bergelut untuk melintasi lantai simen di bawah kawalan dua kepala.



Ular itu ditemui di kawasan hutan Dhenkikot di tempat perlindungan hidupan liar Keonjhar di Negara Bahagian Odisha oleh Rakesh Mohalick.

Ular yang berukuran panjangnya 14cm dan mempunyai dua kepala sempurna, dengan empat mata yang berfungsi dan dua lidah yang menjelir.

Kedua-dua kepalanya berfungsi secara bebas antara satu sama lain, dan ini menjadi cabaran bagi makhluk seperti itu untuk bertahan hidup di alam liar.  Ini bermakna haiwan itu akhirnya bersaing dengan dirinya sendiri dan berkemungkinan akan mati pada awal usia.

Catat Ulasan

0 Ulasan