Subscribe Us

Sangat Comel, Unik Dan Jarang Ditemui, Mata Berbeza Warna


Anda pasti akan terpikat dan jatuh cinta dengan kucing yang gebu, comel dan yang pastinya anda ingin memilikinya terutama jika kucing itu memiliki keistimewaan tersendiri berbeza dengan kucing yang lain.


Kucing putih comel  jenis Scottish Fold yang sangat istimewa ini mempunyai sepasang mata berbeza warna, amat jarang ditemui, sebelah kiri berwarna kuning dan sebelah kanan pula biru.




Scottish Fold cat, Joseph, dua tahun, diadopsi oleh Evgenii Petrov, 29, yang tinggal di Saint Petersburg, Rusia.  Petrov mengatakan bahawa mata Joseph berbeza warna adalah disebabkan oleh keadaan genetik yang disebut heterokromia, tetapi tidak menyebabkan kucing itu mengalami komplikasi kesihatan.


Heterochromia adalah keadaan yang jarang berlaku malah dianggap sangat istimewa dan luar biasa terutama pada kucing Scottish Fold.  Kucing itu masih memiliki pandangan yang tajam, cuma ia hanya kelihatan berbeza dari segi warna mata.



Kucing jenis Scottish Fold adalah keturunan kucing domestik Scotland dengan mutasi gen dominan semula jadi yang mempengaruhi tulang rawan di seluruh badan dan menyebabkan telinga melipat. Kucing ini  terkenal dengan lemah lembut, cerdas, sangat baik dan penyayang. [dailymail.co]

Catat Ulasan

0 Ulasan