Subscribe Us

Saat Bernilai Rakaman Helang Botak Menangkap Ikan Di Laut

Foto-foto saat yang menakjubkan sempat dirakam dengan begitu tepat dan jelas sekali bagaimana seekor helang botak (bald eagle) terbang pantas dari langit Alaska dan menjunam ke air dan menerjah semula ke udara dengan seekor ikan yang tercengkam pada kukunya.


Gambar-gambar tersebut telah dirakam oleh jurugambar Alan Murphy, 59, dari London, di Alaska, AS.


Gambar menunjukkan helang botak ketika mengembangkan sayapnya yang selebar enam kaki dan ketepatannya ketika mendarat ke permukaan air untuk menangkap ikan di laut Alaska.




Burung helang botak (bald eagle) akan menangkap apa saja spesies ikan yang dapat mereka temukan selagi mereka dapat mengangkatnya keluar dari air.  Kadang-kadang, ia akan mengunci kukunya pada ikan yang terlalu besar dan perlu berenang ke pantai untuk menyeret ikan ke tepian.


Bald Eagle dapat melihat ikan dari jarak yang sangat tinggi namun ia dapat menangkap ikan dengan begitu tepat dengan cakarnya terbuka lebih  terkedepan dari tubuhnya.


Helang botak di Alaska cukup jinak, kerana telah terbiasa dengan kapal dan nelayan. Mereka akan meneruskan aktiviti tepat di sebelah anda yang membolehkan anda menghampirinya.




Helang botak melakukan penerbangan sekitar 30 batu perjam dalam penerbangan biasa dan dapat menempuh perjalanan lebih dari 30 batu dalam sehari, menggunakan penglihatannya yang tajam untuk melihat tangkapan berikutnya. [dailymail.co]
jurugambar Alan Murphy

Catat Ulasan

0 Ulasan