Subscribe Us

Rezeki Sudah Ditangan Belum Tentu Menjadi Milik Sendiri, Alam Rimba Mengajar Erti Kehidupan

Kisah bermula dengan seekor Cheetah telah berjaya memburu seekor Impala.  Ketika sedang leka menikmati mangsa buruannya, datang sekawan burung hering yang memiliki deria bau amat tajam menghampiri Cheetah cuba untuk merebut makanan buruan.  Cheetah tetap mempertahankan makanannya. Hering tidak berputus asa dan terus sabar menunggu peluang tiba.

Tiba-tiba Cheetah lari tergesa-gesa meninggalkan buruannya. Mungkin ternampak kelibat pemangsa yang lebih kuat menghampirinya. Apa lagi kawanan burung hering pun segera merebut peluang tersebut.  Berebut-rebutlah kawanan hering dengan gelojohnya.  Tidak lama kemudian Sang Singa pula tiba lalu terus merampas dan membawa lari ke tempat lebih selesa.  Kini rezeki buruan Cheetah menjadi milik Sang Singa siraja rimba.



Beginilah resam kehidupan, tidak semua rezeki yang diperoleh menjadi milik mutlak sendiri kerana sebahagian daripadanya sebenarnya adalah milik orang lain.  Oleh itu sebagai makhluk Allah yang dicipta lebih mulia daripada haiwan, marilah kita bersedekah, membantu mereka yang memerlukan sebahagian harta kita.  Semoga amalan bersedekah itu, Allah akan mengurniakan kita dengan rezeki yang melimpah ruah.

Catat Ulasan

0 Ulasan