Migingo merupakan sebuah pulau kecil yang bersaiz separuh padang bola sepak terletak di Tasik Victoria. Pulau ini menjadi rebutan antara negara Uganda dan Kenya, mempunyai 500 orang penduduk menjadikan penempatan paling padat di dunia
Pulau dengan keluasan separuh padang bola sepak dibandingkan dengan jumlah penduduk, Pulau Migingo terlihat sangat padat dan hanya menyisakan lorong-lorong kecil sebagai jalan utama.
Pulau yang keadaan persekitarannya kotor dan padat ini mempunyai beberapa fasiliti seperti bar, kedai ubat, ruang bermain snooker, kedai kedai yang menjual pelbagai barang seperti sayur dan pakaian, salon dan beberapa hotel kecil.
Pulau kecil ini pada asalnya diduduki oleh dua orang nelayan Kenya, iaitu Dalmas Tembo dan George Kibebe pada tahun 1991. Kini ia menjadi tumpuan penduduk dari tanah besar Afrika untuk mencari rezeki bukan saja sebagai nelayan, ada diantaranya mengambil peluang datang ke sini sebagai peniaga, peruncit, barber shop, dan pelayan.
Penduduk di sini kebanyakannya adalah nelayan dan peniaga sejenis ikan yang dikenali Nile Perch atau nama saintifiknya Lates niloticus. Ikan ini menjadi rebutan disebabkan oleh harganya yang mahal dan di eksport ke luar negara.
Kedudukan pulau ini yang terletak di Tasik Victoria mengambil masa 2 jam perjalanan dengan menaiki bot dari Kenya dan 6 jam dari Uganda.
Meskipun berukuran kecil, Pulau Migingo menjadi rebutan Kenya dan Uganda. Kedua-dua negara tersebut menuntut hak pemilikan Pulau Migingo. Perseteruan tersebut bermula ketika Uganda mengeluarkan surat izin bagi nelayan di wilayah Danau Victoria. Nelayan yang tidak memiliki izin untuk menangkap ikan akan langsung dipenjara oleh pemerintah Uganda.
Perairan di Tasik Victoria adalah kaya akan hasil lautnya. Kebijakan Uganda untuk memberikan kebenaran kepada para nelayan dipandang negatif oleh Kenya dengan mengklaim seluruh pulau itu adalah milik negara Kenya. Uganda yang tidak merima langsung tuntutan Kenya itu, lalu menghantar angkatan lautnya ke Pulau Mingingo.
Perseteruan antara Uganda dan Kenya terkait Pulau Mingingo berakhir dengan kesepakatan untuk membahagi wilayah tersebut pada 2009.
Apa yang menariknya adalah tidak jauh dari Pulau Mingingo, terdapat sebuah pulau yang lebih luas yang bernama Pulau Usingo kira-kira 200 meter dari Pulau Migingo. Namun para penduduk Pulau Migingo tidak ada yang mahu berpindah ke pulau Isingo kerana ada legenda setan yang menghantui Pulau itu, sehingga nelayan lebih senang tinggal di tempat sesak di Pulau Migingo. [Sumber:John Mohamed/tribuntravelcom/liputan6com]
0 Comments