Subscribe Us

Lagu Hari Raya Irama Hindi Sangat Unik, Kumpulan Unique Arts Culture & Heritage Malaysia

Video lagu Hari Raya yang dipersembahkan oleh Unique Arts Culture & Heritage Malaysia yang dianggotai kaum Sikh begitu indah dan amat mempesona.

Video yang dipos dari FB Mr Jega Murugan Muthu menyanyikan lagu Selamat Hari Raya begitu menarik sekali, lirik lagu dalam bahasa Melayu berirama lagu hindi serta iringan muzik tradisional India, menjadikan suasana sambutan Hari Raya menjadi ceria walaupun negara kita dan dunia sedang dilanda wabak covid19.

Video ini orangmuo download daripada FB Mr Jega [mohon izin].  Terima kasih Kumpulan Unique Arts Culture & Heritage Malaysia yang menunjukkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.  
Pada bulan Syawal yang mulia ini, orangmuo ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, kepada semua pengunjung setia blog orangmuo.my.  Sokongan anda amat dihargai.  Terima kasih :)




Catat Ulasan

2 Ulasan

Suhaimi@Pakmi berkata…
Selamat Hari Raya maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua pengunjung setia blog orangmuo.my yang sentiasa memberi sokong kepada orangmuo. Terima kasih
cikguzim berkata…
Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome