Sepasukan penyelidik di Jepun telah membangunkan sentuhan baru pada basikal elektrik yang sangat inovatif kerana ianya amat mudah untuk dibawa ke mana-mana hanya dengan memasukkan saja ke dalam beg galas.
Dipanggil Poimo – [Portable and Inflatable Mobility] kependekan dari Mobiliti Mudah Alih dan Kembung, e-basikal ini dibangunkan oleh pasukan di University of Tokyo, yang berminat dengan kaedah yang lebih cekap untuk mengendalikan pengangkutan jarak pendek dan sederhana.
Reka bentuk e-basikal ini adalah ringan, boleh dilipat, mudah dibawa dengan pengangkutan awam dan menggunakannya untuk apa yang mereka sebut 'mobiliti satu batu’. Ini termasuk perjalanan ke lokasi yang tidak jauh dengan laluan pengangkutan awam atau bergerak di antara kawasan kejiranan yang tidak mempunyai sambungan bas atau kereta api langsung.
Poimo direka dengan bingkai kain segi empat tepat yang diperbuat daripada kain poliuretana termoplastik (TPU). E-bike ini dilengkapi dengan pam elektrik kecil untuk mengisi udara ke dalam bingkai kain agar mengembang sepenuhnya
Dua pasang roda getah kecil melekat di bahagian bawah bingkai kembung, bersama dengan motor elektrik kecil, beserta alat kawalan tanpa wayar yang dipasang pada hendal basikal.
Berat keseluruhan unit sekitar 12 paun, tetapi pasukan mengatakan mereka berusaha untuk menjadikan motosikal lebih ringan pada masa akan datang.
0 Comments