Subscribe Us

Jejambat Lebuhraya Baru Dibina Hanya Jarak 50 Sentimeter Dari Bangunan Kediaman, Amat Menyeramkan

Pihak berkuasa di Kaherah, Mesir, telah dikecam kerana menyetujui pembinaan jejambat lebuh raya yang terlalu hampir dengan beberapa bangunan pangsapuri, hanya jarak 50 cm saja dari bangunan perumahan.

Media sosial Mesir dikejutkan dengan jejambat hiway baru yang sedang dalam pembinaan di daerah Al-Haram Kaherah terlalu dekat dari rumah penduduk. Namun, pihak berkuasa tidak menghiraukan bantahan penduduk tempatan malah pihak berkuasa mendakwa bahawa jambatan itu memiliki semua izin yang diperlukan, sebaliknua mengatakan  bahawa bangunan kediaman itu telah dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa. Oleh itu, perintah untuk perobohan bangunan pangsapuri telah dikeluarkan.



Pembinaan jejambat lebuhraya itu telah diprotes oleh penduduk selama bertahun-tahun kerana jaraknya terlalu dekat dengan bangunan pangsapuri di beberapa kawasan, dan kerana ketinggiannya juga menghalang pandangan penduduk yang tinggal di beberapa tingkat pertama. Mereka menuduh pegawai bandar sebagai pembohong kerana mendakwa bangunan itu dibina tanpa lesen yang diperlukan. 
Jejambat Teraet Al-Zomor dibina itu mengganggu jalan di bawahnya, membahayakan penduduk kerana berdekatan dengan bangunan kediaman, dan melanggar privasi orang. Namun, pihak berkuasa tempatan nampaknya bertekad untuk meneruskan pembinaannya sebagai bahagian penting dari infrastruktur bandar.


Catat Ulasan

0 Ulasan