Subscribe Us

Gurita Dumbo Unik Hidup 23000 Kaki Di Dasar Laut Paling Dalam Berjaya Dirakam

Sepasukan penyelidik luar pesisir laut telah mencatat rekod baru atas penemuan spesies sotong gurita Dumbo yang mampu hidup di dasar laut terdalam yang telah berjaya dirakam di Laut Jawa. 


Penemuan sotong gurita dumbo yang berjaya dirakam di dasar laut Jawa Trench pada kedalaman sekitar 23.000 kaki adalah sebahagian dari Five Deeps Expedition, sebuah misi untuk melakukan penerokaan di dasar laut paling dalam di setiap lima lautan utama di dunia.

Pemerhatian itu dilakukan menggunakan kapal selam Five Deeps Expedition yang direka khas untuk menyelam turun perlahan-lahan ke dasar laut sambil merakam semua yang melintas di depannya.

 

Penemuan gurita dumbo ini adalah bukti betapa tahan dan mudahnya haiwan itu mampu bertahan di 99% dasar laut dunia.

Gurita Dumbo adalah daripada keluarga grimpoteuthis dan ia mendapat nama gurita ‘dumbo’ kerana ia mempunyai sepasang sirip bentuknya seperti telinga gajah yang menonjol di kedua sisi kepalanya.

 

Menurut Dr. Alan Jamieson, kemampuan haiwan ini menyesuaikan diri berada di dasar laut paling dalam kerana ia mempunyai struktur selularnya yang unik.  Ia memerlukan beberapa biochemistry pintar untuk memastikan ia dapat bertahan di persekitaran itu.

Penyesuaian diri yang diperlukan untuk menjalani kehidupan di dasar paling dalam adalah mampu menghadapi tekanan pada tahap sel. [dailymail.co]

Post a Comment

0 Comments