Subscribe Us

Gadis Muslim Ini Dinamakan Sebagai Doktor Termuda Di Dunia Oleh Guinness World Record

Sebilangan besar pelajar perubatan biasanya hanya akan menamatkan pengajian Perubatan ketika mereka berusia lewat 20-an atau awal 30-an tetapi seorang Gadis Muslim Hijabi bernama Eqbal Al - Assad telah mencatat nama dalam Guinness World Record sebagai doktor perubatan termuda di dunia.


Beliau telah lulus sepenuhnya dalam Pengajian Perubatan pada usia 20 tahun.

Eqbal lulus dan menamatkan sekolah menengah pada usia 12 tahun. Beliau juga berjaya mendapat tempat dalam semua mata pelajaran. Eqbal telah menguasai Biokimia dan Matematik yang di perlukan untuk pengajiannya dalam bidang perubatan pada usia muda.


Pada usia 13 tahun, Eqbal belajar memandu. Beliau juga telah menarik perhatian Menteri Pendidikan Lebanon untuk membantunya mendapatkan biasiswa Perubatan di Qatar.

Kecerdasan dan ketokohannya telah menarik perhatian Menteri Pendidikan Lebanon yang membantunya mendapatkan biasiswa ke Sekolah Perubatan di Qatar.


Eqbal semasa diwawancara telah menyatakan bahawa keadaan pelarian Palestin di kem-kem Lebanon dan keadaan orang-orang yang tinggal di kem-kem ini telah mendorongnya untuk menjadi doktor.


Setelah tamat pengajian, Eqbal berkata, "Impian saya adalah mahu melakukan sesuatu untuk rakyat Palestin di kem-kem pelarian."


Eqbal yang mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan dengan Kepujian dari Cornell University Qatar merupakan pelajar yang disayangi dan dipuji oleh para profesornya.


Salah seorang profesornya di Cornell University mengatakan, “Langit adalah batas bagi Eqbal. Sejak hari pertama, Iqbal telah menonjol sebagai pelajar yang sangat matang dan profesional walaupun  usianya yang masih muda.


Eqbal telah dinobatkan menjadi bukti bahawa jilbab bukanlah sekatan untuk mencapai cita-cita atau kejayaan dalam hidup. Ia lebih merupakan satu kekuatan untuk menjadi siapa sahaja yang anda pilih.

Post a Comment

0 Comments