Subscribe Us

Gadis Chechen 11 Tahun Memenangi Hati Warga Internet, Memiliki Kecantikan Luar Biasa

Kecantikan luar biasa seorang gadis sunti Chechenya kerana memiliki gabungan keadaan genetik yang jarang berlaku - albinisme dan heterokromia, telah mendapat banyak perhatian di media sosial Rusia sejak lima bulan terakhir. Mata anda pastinya tidak berkelip, nafas anda terasa seperti terhenti seketika ketika menatap wajah gadis cantik luar biasa ini.

Gadis tersebut ditemui oleh seorang jurugambar Chechnya, Amina Arsakova, gadis yang baru berusia 11 tahun itu cukup memberikan kesan ketika gambarnya disiarkan di akaun Instagram Arsakova.

Postingnya biasanya mendapat kira-kira 1,000 tanda like secara purata, tetapi foto Ependieva mendapat lebih dari 10,000 tanda like, dan beratus-ratus komen sama ada memuji kecantikannya yang tidak wajar atau bertanya sama ada dia adalah orang yang sebenar, dan bukan gambar edit.



Amina Ependieva berasal dari Kurchaloy, sebuah kota kecil di Chechnya, memiliki kecantikan rupa parasnya yang menakjubkan kerana gabungan keadaan genetik yang jarang berlaku - albinisme dan heterokromia.

Albinisme umumnya digambarkan sebagai "ketiadaan pigmentasi atau pewarnaan pada seseorang, mengakibatkan rambut dan kulitnya putih," heterokromia pula adalah perbezaan dalam warna iris di mana kedua-dua anak matanya berbeza warna, kelihatan sangat cantik, yang ditentukan oleh pengeluaran, kelahiran, dan kepekatan pigmentasi ( melanin). 
Kedua-dua albinisme dan heterokromia jarang didiagnosis pada manusia sendiri, lebih-lebih lagi memiliki kedua-dua genetik itu.  Amina Ependieva memiliki kedua-dua genetik ini yang menghasilkan rupa paras amat menawan, dan matang daripada usianya.





Amina Arsakova menerbitkan foto Ependieva pada Januari 2020, dan dengan cepat menjadi viral di media sosial Rusia. Walaupun kebanyakan pengguna memuji kecantikan luar biasa gadis 11 tahun ini, tetapi ada yang menuduh jurugambar menggunakan Photoshop untuk membuat gabungan albinisme dan heterokromia secara buatan.

Amina Ependieva belum mempunyai profil media sosialnya sendiri, jadi sukar untuk mengesahkan sama ada dia benar-benar kelihatan menakjubkan seperti dalam gambar Arsakova.

Namun, beberapa orang pengguna Instagram yang mengaku berasal dari Kurchaloy dan mengenali gadis muda itu secara peribadi telah memberi komen bahawa dia lebih cantik dalam kehidupan sebenar. Jadi, benarlah, Amina gadis cantik Chechen memang benar-benar wujud. [odditycentra.com/aminaarsakova]

Catat Ulasan

0 Ulasan