Subscribe Us

Covid19: Terlalu Panas Katanya, Jururawat Hanya Berpakaian Dalam Dengan PPE Transparen Dikenakan Tindakan Disiplin

Seorang jururawat di wad koronavirus lelaki di Rusia telah dikenakan tindakan disiplin kerana hanya memakai 'pakaian dalam' di bawah gaun pelindungnya yang tansparen.

Gambarnya yang menampakkan tubuhnya menjadi viral setelah diambil oleh seorang pesakit di sebuah hospital di Tula Regional Clinical Hospital, 100 batu di Selatan Moscow.
Ketua hospital tersebut mengatakan perbuatan jururawat itu bukan sesuatu yang lucu dan seharusnya dikenakan tindakan disiplin kerana 'tidak mematuhi syarat untuk pakaian perubatan'.



Jururawat yang tidak disebutkan namanya berusia 20-an itu mengatakan bahawa dia terlalu panas dengan memakai pakaian seragam jururawat di bawah gaun PPE itu.

Dia mengatakan kepada pengurusnya bahawa dia tidak menyedari PPE yang dipakainya ketika merawat pesakit coronavirus begitu telus.
Walaupun jururawat memberi alasan demikian, kementerian kesihatan daerah melaporkan bahawa tindakan tatatertib dikenakan kepada jururawat yang melanggar syarat (seragam)'.

Seorang pesakit lelaki di wad coronavirus mengatakan tidak menjadi masalah atau kesalahan perbuatan jururawat tersebut berpakaian begitu cuma mengakui ada sedikit rasa malu.



Menjelang Selasa 20 Mei 2020, jumlah kes jangkitan di Rusia mencecah 299 941 orang, dengan jumlah kematian rasmi sebanyak 2837 orang.[dailymail.co]


Catat Ulasan

0 Ulasan