Subscribe Us

Momen Yang Jarang Dilihat; Begitu Berdisiplin Melintas Lebuh Raya


Situasi yang jarang dilihat, sekumpulan gajah liar kelihatan melintasi lebuh raya utama di wilayah Thailand.  Sejumlah lebih dari 50 ekor gajah muncul dari hutan dan berjalan melintasi jalan raya di Chachoengsao, Timur Bangkok.


Peristiwa langka yang dirakam itu turut disaksikan oleh puluhan penduduk tempatan berkumpul di kedua-dua bahagian jalan.  Didahului dengan ketua gajah di hadapan, dengan tenang dan santai, ia membawa kawanan diikuti yang muda dan anak-anak gajah kecil ke seberang jalan menuju ke hutan.





Pegawai Renjer hidupan liar telah mengesan kawanan gajah melalui hutan belantara pada waktu siang dan kemudian segera menyekat jalan untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Beberapa orang pegawai polis juga tiba untuk memastikan gajah berjaya sampai ke kawasan hutan yang berdekatan.


Mereka yang dapat melihat sendiri kejadian tersebut adalah orang yang sangat bertuah kerana berpeluang melihat pemandangan yang luar biasa.

Catat Ulasan

0 Ulasan