Subscribe Us

Lelaki Melayu Ini Sudah Lama Dikenali Pemimpin Arab

Tokoh yang dibulatkan dalam foto di atas adalah Prof Dr Necmettin Erbakan (Almarhum). Beliau merupakan pemimpin ulung gerakan Islam di Turki pada zaman moden (Selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah).  

Siapakah Sosok Wajah Melayu Di Sebelah Dr Erbakan?  Pasti ramai yang mengenali. Cuma kini misai dan janggutnya telah beruban. Keakraban dalam gambar ini jelas menunjukkan sosok Melayu tersebut bukan asing lagi dalam dunia gerakan Islam di Turki dan juga dunia Arab sejak sekian lama dulu.
Jadi adalah bertepatan dan sangat wajar sosok Melayu tersebut diberi peranan sebagai duta khas di negara timur tengah atas pengalaman yang dimiliki. Moga diberi kekuatan ke atas beliau dalam melaksanakan amanah yang diberikan.


Hubungan Tuan Guru Haji Hadi dengan tokoh-tokoh negarawan negara-negara Timur Tengah sudah lama terjalin.

Dr Erbakan menubuhkan Parti Refah pada tahun 1986. Sepuluh tahun kemudian partinya memperoleh kejayaan dan beliau diangkat menjadi Perdana Menteri pada 1996. Beliau sempat memimpin Turki selama 9 bulan (Sehingga 1997) sebelum digulingkan kerana menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dan menjauhkan amalan sekularisme.



THH dengan SaddamHussein
Selepas digulingkan, parti-parti yang berteraskan Islam tidak dibenarkan ditubuhkan. Beliau bangkit semula dengan menubuhkan Parti Saedat pada tahun 2001 dan parti ini berdiri sehingga sekarang. Manakala anak muridnya iaitu Abdullah Gul dan Tayib Erdogan bergerak dengan platform AKP Parti. Beliau kembali ke rahmatullah sekitar tahun 2011 dan ratusan ribu hadir dalam solat jenazah tersebut. [mindarakyat.blogspot]

Catat Ulasan

0 Ulasan