Memiliki kes COVID-19 terbanyak, Amerika Syarikat ternyata menyimpan masalah lain. Biaya kesihatan yang tinggi membebani warganya yang ingin mendapatkan layanan.
Sehingga hari ini kes jangkitan dan kematian akibat wabak covid19 di US terus meningkat.
Kini masalah lain pula timbul yang terpaksa dihadapi oleh mangsa jangkitan, iaitu kos rawatan yang perlu dibayar amat mahal bagi sesetengah warga Amerika terutamanya yang berpendapatan rendah.
Bagi pesakit yang terinfeksi covid19 yang tidak memiliki insurans kesihatan, mereka akan dikenakan kos rawatan US73.00 ( RM300), itu pun untuk selama 6 hari saja, sedangkan 27 juta rakyat US tidak memiliki Skim Insurans Kesihatan.
Pasien yang mempunyai insurans dikenakan bayaran US38.00 (RM160) bergantung kepada negosiasi syarikat Insurans dan pihak hospital. Tambah lagi kos rawatan juga dikira dengan melihat keadaan kes pesakit sama ada ringan atau berat.
Peniliti dari Harvard mendakwa harga kos rawatan dan ubat-ubatan adalah mahal manakala para doktor pula dibayar dengan gaji tinggi. Pembiayaan yang lebih tinggi untuk menampung kos rawatan didapati hanya membebankan pesakit sahaja. [liputan6.com]
Tidak seperti di negara kita Malaysia, kos rawatan dan ubat-ubatan semua ditanggung oleh kerajaan. Bersyukurlah kita menjadi warganegara dan rakyat Malaysia.
0 Comments