Subscribe Us

1 April Bukan April Fool; Ia Adalah Sejarah Hitam Penyembelihan Umat Islam di Sepanyol


1 April bukannya April Fool yang boleh dirayakan dan dipraktikkan tetapi ia adalah satu lakaran sejarah Penyembelihan Umat Islam yang perlu diimbas kembali.

Peristiwa penuh tragis ini berlaku di Granada Sepanyol pada 5 abad yang lepas.

1 April
Serangan Tentera Salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan.

Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua.

Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh Tentera Salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol yang juga dikenal sebagai orang Moor terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.



Tentera-tentera Salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah. 



Tentera Salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi di dalam rumah masing-masing.

Dengan lantang Tentera-tentera Salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk belayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan.

Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, maka mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan belayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan.


Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah mereka masing-masing.

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya.


Api dilihat menjulang ke angkasa setelah tentera salib membakar rumah-rumah penduduk Islam bersama-sama dengan orang orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol.

Kapal-kapal tersebut akhirnya tenggelam dengan cepat ke dalam laut.

Ribuan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata.


Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil.

Tentara Salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan daripada pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan.

Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam.

Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April.

Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April.

Pada tanggal 1 April, orang-orang Kristian dibolehkan untuk Menipu dan berbohong terhadap orang lain. 



1 April Hari Menipu.

Bagi umat Kristian, 1 April merupakan "Hari Kemenangan" mereka atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh Tentera Salib melalui Cara Penipuan.

Bagi umat Islam, 1 April merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seagama mereka disembelih dan dibunuh oleh Tentera Salib di Granada, Sepanyol.

Pembunuhan kejam ribuan saudara saudara Islam di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam, di kenali oleh Dunia Kristian sebagai Hari April Fool!!!

 Wallahua’lam.

Oleh itu ingatilah 1 April dengan Doa dan Taubat.

Psst : Kalau tak tahu kena mengaji supaya kita Tak Mudah Kena Tipu.

Post a Comment

0 Comments