Subscribe Us

Tahanan Uyghur Dipaksa Derma Organ Untuk Pesakit Covid-19, Wartawan Penyiasat Bongkar

Berdasarkan pendedahan yang dilakukan seorang wartawan penyiasat di negara itu mendapati kaum tersebut yang berada dalam tahanan di kem Xinjiang dipaksa mendermakan organ mereka kepada pesakit Covid-19!

Menurut Daily Star, lebih 3 juta umat Islam Ughyur berdepan risiko bila-bila masa sahaja diarahkan untuk bersetuju “menderma” organ mereka jika berlakunya kecemasan membabitkan pesakit Covid-19 di sana.

Wartawan yang dikenali sebagai CJ Werleman berkata China sedang berada dalam keadaan terdesak dan harus memenuhi permintaan yang agak tinggi dalam melakukan pemindahan organ disebabkan krisis Covid-19.
Jadi kerajaan membuat keputusan untuk “menggunakan” organ daripada umat Islam Ughyur selepas mendapat “kebenaran dan persetujuan” mereka.



Minggu lalu, China melaporkan kes pemindahan kedua-dua belah paru-paru yang pertama di negara membabitkan pesakit Covid-19 berusia 59 tahun.

Sebelum pembedahan dilakukan, pesakit itu dimaklumkan dia cuma ada 5 hari untuk hidup kerana paru-parunya sudah rosak akibat dijangkiti virus Covid-19.

Werleman mendakwa paru-paru itu diperoleh daripada salah seorang tahanan di Xinjiang selepas mendapat “persetujuan” agar organnya diambil.

Pesakit itu diminta untuk menunggu selama 5 hari sebelum penderma “bersetuju” berikan paru-paru yang baru untuknya.

Disebabkan itu, banyak persoalan yang timbul mengenai program pemberian organ secara paksa yang tidak sah di China.

Menurut Werleman juga, perkara ini menimbulkan kebimbangan bahawa tahanan Uyghur di Xinjiang akan digunakan sebagai mangsa “bunuh-atas-arahan” dek kerana kecemasan membabitkan pesakit Covid-19 di China.

Ini bukan kali pertama timbulnya dakwaan China melakukan “penuaian” organ terhadap umat Islam Uyghur dalam kem tahanan.


Sebelum ini, turut timbul isu sebegini namun China menafikan dakwaan tersebut. [freemalaysiatoday]

Post a Comment

0 Comments