Subscribe Us

Pukul Dengan Rotan, Denda dan Hukuman, India Mengenakan Perintah Berkurung Kepada 1.3 Bilion Rakyatnya

Pukul dengan rotan, denda dan hukuman mandatori, begitulah antara tindakan terdesak oleh pasukan keselamatan India untuk memastikan langkah kerajaan mengenakan perintah berkurung dapat dilaksanakan dan dipatuhi oleh setiap rakyat India.

Negara India mengerahkan rakyatnya agar tetap berada di dalam rumah, kerana dikhuatiri 1 juta orang boleh mati menjelang tahun hadapan akibat wabak covid-19.

Negara Demokrasi terbesar di dunia berada di bawah perintah berkurung bermula pada hari Rabu, dengan 1.3 bilion rakyat India diperintahkan untuk tinggal di rumah dalam usaha untuk menghentikan coronavirus yang melampaui sistem penjagaan kesihatan negara yang begitu rapuh.




Polis menggunakan rotan, denda dan hukuman untuk memaksa orang ramai supaya mematuhi arahan lockdown seluruh negara, mengosongkan jalan-jalan dan stesen keretapi di New Delhi sebagai langkah membendung dan memperlahan penyebaran covid-19.
India setakat ini melaporkan jumlah kes yang agak kecil, 500 orang dijangkiti berbanding dengan negara-negara Eropah yang melaporkan jumlahnya dengan puluhan ribu, tetapi ada kebimbangan bahawa keadaan yang padat penduduk, kemiskinan, kebersihan yang buruk dan sistem penjagaan kesihatan yang lemah, boleh menyebabkan jangkitan berlaku dengan amat cepat.



Pakar-pakar memberi amaran bahawa 500 juta orang India boleh dijangkiti coronavirus sehingga tahun depan, yang bermakna lebih daripada 1 juta kematian dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Mengumumkan penguncian hari Selasa, Perdana Menteri Narendra Modi berkata hanya perkhidmatan penting seperti air, elektrik, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kebakaran, barangan runcit dan perkhidmatan perbandaran akan dibenarkan beroperasi.

Semua kedai, pertubuhan komersil, kilang, bengkel, pejabat, pasaran dan tempat ibadat akan ditutup dan bas dan metros antara negeri akan digantung. Aktiviti pembinaan juga akan dihentikan.

"Menurut pakar kesihatan, minimal 21 hari adalah yang paling penting untuk mematahkan kitaran infeksi. Sekiranya kita tidak dapat menguruskan pandemik ini dalam masa 21 hari akan datang, negara dan keluarga akan mengalami kemunduran sebanyak 21 tahun. Jika kita tidak dapat menguruskan 21 hari akan datang, maka banyak keluarga akan musnah selamanya, 'kata Modi.



Catat Ulasan

2 Ulasan