Subscribe Us

Mahathir Penipu, Saya Sekarang Tidak Lagi Percaya Mahathir, Kata Anwar Ibrahim

Mengejutkan sekali apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Presiden PKR, secara terbuka menghentam teruk Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam wawancara beliau dengan wartawan CNBC, Martin Soong, semalam.

Paling besar implikasinya ialah bila Datuk Seri Anwar kini mendakwa Tun Dr Mahathir memungkiri janji dan mengaku beliau sekarang sudah tidak lagi percaya kepada Tun Dr Mahathir.

Soalnya ialah bagaimanakah Pakatan Harapan akan masih boleh bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir bila Datuk Seri Anwar, yang merupakan Presiden Pakatan Harapan, sudah tidak lagi percaya kepada Tun Dr Mahathir?




INI ADALAH HENTAMAN BALAS DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DALAM WAWANCARA BELIAU DENGAN CNBC

(1) “Mahathir akan terus menyanggah diri sendiri” (“Mahathir would continue to contradict himself”).
(2) “Mahathir buat janji dan memungkirinya” (“Mahathir makes promises and reneges on them”).
(3) “Saya sekarang tidak lagi percaya Mahathir” (“I now no longer believe Mahathir”).
(4) “Saya ingat Mahathir jujur” (“I thought Mahathir was sincere”).
(5) “Saya terima Mahathir berdasar gambaran luaran” (“I took Mahathir at face value”).
(6) “Saya ingat Mahathir berubah dengan usia, dengan kebijaksanaan” (“I thought Mahathir changes with age, with wisdom”).
(7) “Saya mohon maaf (kepada para penyokong saya)” (“I apologise (to my supporters)”).
(8) “Saya silap (dalam menilai Mahathir)” (“I was wrong (in assessing Mahathir)”). [mindarakyat]

Catat Ulasan

0 Ulasan