Tasik Baikal merupakan yang
terdalam dan tertua di dunia. Tasik ini berisi lebih dari 20% air tawar dunia
dan lebih dari 90% air tawar Russia.
Tasik Baikal adalah tasik
paling dalam dan tertua di dunia dan diisytiharkan sebagai kawasan simpanan air terbesar di dunia. Kedalaman tasik Baikal ini mencecah 1642 meter! Hanya
dua tasik lain yang mempunyai kedalaman lebih 1000 meter iaitu tasik
Tanganyika(1470m) dan Caspian Sea(1025m).
Tasik Baikal terletak di
Selatan Wilayah Siberia di Russia, antara Oblast Irkutsk di Barat Laut dan
Buryatia di Tenggara, dekat Kota Irkutsk. Nama tasik ini berasal dari kata
Tatar "Bai-Kul" atau "danau kaya".
Tasik Baikal adalah
representasi danau dengan warna biru yang sangat cantik. Ini sekaligus menunjukkan
kejernihan Danau Baikal, yang airnya boleh diminum langsung tanpa penyaringan.
Pada musim dingin seluruh air
di Tasik Baikal berubah menjadi ais. Pemandangan di Tasik Baikal tertutup ais
ini telah menarik banyak orang untuk melihatnya. Lapisan ais ini juga
berbeza-beza kerana retakan yang berlaku memberikan setiap kawasan ais
mempunyai corak yang berbeza-beza. Disebabkan air tasik ini yang jernih,
ais di sini adalah yang paling transparent dan anda boleh nampak hidupan
berenang-renang di bawah lapisan ais ini. [liputan6]
0 Comments