Perencanaan pemindahan ibu
kota baru Indonesia sudah dalam fasa akhir. Pemerintah telah menyiapkan pelan pembangunan
di wilayah tersebut. Seperti yang diungkapkan Presiden Jokowi, kompleks pusat
pemerintahan akan mula dibangunkan di ibu kota baru di kawasan Kecamatan
Sepaku, Kabupaten Penajam Paser Utara pada 2020.
Ibu negara baharu Indonesia
yang akan dibina di atas tanah seluas 256,000 hektar di Kalimantan Timur akan
menjadi perintis pembangunan bandar pintar di negara itu.
Menteri Perancangan
Pembangunan Negara, Suharso Monoarfa berkata, ibu negara baharu itu akan
menetapkan standard baharu untuk infrastruktur dan perkhidmatan asas.
Menurut laporan Jakarta Post,
antara infrastruktur asas yang bakal diwujudkan termasuk pengangkutan awam
digital dan bersepadu, pengurusan air, air paip boleh diminum, pengurusan sisa,
saliran integrasi dan hab digital dengan sistem maklumat bersepadu.
Perkhidmatan untuk perniagaan
pula termasuk hospital pintar, universiti antarabangsa, industri berteknologi
tinggi dan industri hijau seperti kilang bertenaga solar serta hab baharu untuk
konvensyen, pameran pelancongan dan tarikan semula jadi.
Presiden Joko Widodo berharap seluruh Apartur Sipil Negara (ASN) pemerintah pusat di Jakarta dapat dipindahkan ke ibu kota baru di Kalimantan Timur pada tahun 2024.
Presiden Joko Widodo atau Jokowi menjangkakan bahawa anggaran yang dikeluarkan pemerintah untuk pembangunan ibu kota baru di Kalimantan Timur, tidak lebih dari Rp 100 triliun. Sementara bakinya, dari Kerjasama Pemerintah dan Badan Usaha (KPBU) atau pihak swasta. [liputan6.com]
0 Comments