Ikan belacak atau ikan
tembakul (mudskipper) termasuk dalam keluarga gobies, yang merupakan salah satu
keluarga ikan terbesar yang terdiri daripada lebih daripada 2,000 spesies.
Belacak termasuk dalam kumpulan
haiwan amfibia (dua alam) yang boleh menggunakan sirip di dadanya untuk
berjalan di atas tanah. Belacak amat
sesuai hidup di muara sungai berlumpur di mana airnya sering pasang surut,
bersembunyi di bawah rumput laut atau tumbuhan di pinggir muara sungai dan
pantai.
Belacak bergerak sama ada berenang
menggunakan sirip atau melompat dengan dua kaki serta tubuhnya yang berotot untuk
melepaskan diri sehingga 60cm di udara.
Mudskipper secara unik
disesuaikan dengan habitat intertidal ( zon pasang surut), yang bermakna ia
tidak perlu bersembunyi di kolam batu atau berundur ketika arus air pasang atau
surut. Belacak memakan hidupan kecil di
dalam air dan ia adalah haiwan yang berjuang untuk mempertahankan wilayah
mereka.
Belacak bernafas melalui kulit
dan lapisan pada mulut dan kerongkong, tetapi ini hanya berfungsi apabila
tubuhnya basah, dan membatasi habitatnya sentiasa berada dalam keadaan lembap
dan berair.
Di Malaysia dan juga negara
jiran ada kepercayaan mengenai kehebatan ikan belacak yang boleh diproses
menjadi Minyak Ikan Belacak. Belacak
didakwa terbukti berkesan membantu lelaki yang mempunyai masalah seks tidak
tahan lama selain mempunyai saiz zakar kecil dan pendek serta masalah ejakulasi
pramatang.
0 Comments