Resort jungle bubble Pod transparensi
yang menakjubkan dan pertama seumpamanya di dunia membolehkan anda menyaksikan
kehidupan semula jadi gajah pada setiap
hari, siang mahupun malam tanpa sebarang ancaman atau gangguan, manakala pada
waktu malam anda dapat menikmati keindahan angkasa dengan kerdipan bintang-bintang
di langit.
Pod yang dipanggil Jungle
Bubbles adalah yang pertama di dunia telah didirikan di Golden Triangle Elephant
Camp & Resort yang bertaraf lima bintang di Chiang Saen, Utara Thailand.
Jungle Bubble Pod transparensi ini dibina di
atas dek kayu yang agak tinggi, memberi
peluang kepada tetamu sekali dalam seumur hidup mereka untuk menghabiskan waktu
malam dengan gajah-gajah hebat Thailand di habitat semulajadi mereka.
Penginapan gelembung lutsinar ini
sepenuhnya berhawa dingin dengan keluasan lantai 22 meter persegi (236 kaki
persegi). Ia dilengkapi dengan bilik tidur dengan katil bersaiz king, ruang
tamu dengan ruang tempat duduk serta bilik air yang tertutup dan tidak telus.
Sentuhan asesori mewah juga
disediakan termasuk jubah mandi, selipar, linen katil putih yang segar, bantal
biasa dan bulu dan kemudahan bilik mandi termasuk pengering rambut dan cermin
solek.
Kedua-dua pod transparensi ini
direka khas oleh Firma Eye In The Sky dan dibina menggunakan kain polister
berteknologi tinggi.
Tetamu di Golden Triangle
Elephant Camp & Resort boleh menempah Jungle Bubble sebagai aktiviti
pilihan dan bermalam di sana dari waktu senja sehingga subuh, dan kembali semula
ke hotel pada waktu pagi.
Tempat tinggal di gelembung
bermula dari 17,700 Thai Baht (£ 440 / $ 570) satu malam untuk dua orang dan
harga termasuk keranjang makan malam, mini bar penuh stok, perkhidmatan makan dalam
bilik 24 jam dan disediakan juga untuk minum teh dan kopi .
Resort dibangunkan di sepanjang
6,996 kaki persegi, Golden Triangle Elephant Camp & Resort terletak di atas
bukit yang menghadap ke sungai Mekong dan Ruak.
Ia mempunyai pandangan yang mengagumkan ke atas Thailand, Laos dan
Myanmar serta kawasan tempat tinggal gajah dalam suasana semulajadi mereka.
Resort ini menyatakan bahawa
pusat perlindungan gajah ini terkenal di dunia, yang ditubuhkan bersama Yayasan
Gajah Asia Gajah Segitiga Emas (GTAEF) untuk membantu gajah yang tidak dapat
menjaga diri mereka.
0 Comments