Subscribe Us

Haiwan Apakah Ini, Nampak Aneh (Video)

Seorang pemancing begitu terkejut apabila mata kailnya tertangkap sejenis haiwan laut yang sangat aneh, belum pernah dilihat. Cik Ramirez yang memancing bersama ibunya sempat merakam video makhluk aneh yang menyeramkan itu di dermaga di Port Isabel, di negeri Texas AS.
Cik Ramirez membuat keputusan untuk merakam dan mengambil beberapa keping gambar, lalu  menghantarnya ke Texas Parks and Wildlife Department.'



Mereka mengenal pasti tangkapan misteri tersebut dikenal pasti sebagai ‘bearded fireworm’. Haiwan laut ini mempunyai sengatan berbisa.  Ia membawa neurotoxin yang sangat berbisa, melalui bulu yang mampu menembusi kulit manusia.  Luka yang dihasilkan dikatakan berasa seperti terbakar, rasa sakit yang amat selama berjam-jam, dan kadang-kadang menyebabkan rasa mual dan pening.
Ia biasanya hanya akan bertindakbalas dengan manusia atau musuhnya apabila disentuh atau mengancam keselamatannya. [dailymail]

Catat Ulasan

0 Ulasan