Subscribe Us

Gelagat Monyet Nakal Pantang Jumpa Pompuan

Gelagat seekor monyet jantan cuba mengusik seorang wanita semasa lawatannya Bakau Park, Perak, Malaysia pada 29 Januari  sangat mencuit hati.  Dalam klip video  yang dikongsi bersama itu, monyet nakal itu dilihat bertenggek di atas pagar di sebelah wanita yang sedang posing untuk bergambar.  Ketika wanita itu memandang ke arah kamera, kerana tidak mendapat layanan, tiba-tiba monyet itu mengangkat kaki dan meletakkannya di bahu wanita lalu menendangnya.  Apa lagi, menjeritlah kakak tu sambil tertawa.



Biasanya kebanyakan orang takutkan monyet, lebih-lebih lagi monyet jantan yang bertubuh besar dan nampak liar.  Namun kakak ini seperti tidak berasa takut atau bimbang dengan keselamatannya.



Monyet itu kemudian kembali lagi dan menghampiri ke arah wanita itu, menunggu untuk melihat apa langkah seterusnya, manakala wanita tadi tidak menunjukkan perasaan takut, memang berani kakak ni.  Sila lihat video…

Catat Ulasan

0 Ulasan