Subscribe Us

Blogger Cantik Ditangkap Kerana Berbikini Terlampau

Seorang blogger wanita British ditangkap kerana memakai bikini mendedah tubuh tidak senonoh di pantai Pulau Maafushi, Maldives.  Cecilia Jastrzembska, 26, menjerit 'kamu menyerang saya secara seksual' dalam rakaman video semasa dia ditahan oleh pegawai polis di pulau Maafushi.

Memakai bikini mendedahkan tubuh mencolok mata hanya dibenarkan di resort percutian persendirian di lokasi pelancong yang popular sahaja, tetapi ia 'dilarang' di kawasan jauh dari pusat peranginan dan kawasan pantai di tempat awam. Tidak jelas di mana video ini telah dirakam.
Pesuruhjaya Polis Mohamed Hameed mengatakan, insiden di mana pegawai-pegawainya menahan wanita tersebut adalah dianggap terurus dan mengikut undang-undang.  “Saya memohon maaf kepada pelancong dan orang ramai atas kejadian. Cabaran yang saya ambil adalah untuk memberi kepakaran dalam perkhidmatan polis dan kami berusaha mengenainya," katanya.
Cecilia, yang menggambarkan dirinya sebagai penasihat parlimen di Dewan Rakyat, mengejutkan peminat yang pernah muncul dalam siaran Channel 4's First Dates pada 2018 kerana enggan untuk membayar denda yang dikenakan terhadapnya.

Kerajaan UK menasihatkan mereka yang ingin melancong ke Maldives seharusnya sensitif terhadap piawai pakaian tempatan di negara itu.  Ia menyatakan bahawa destinasi pelancongan yang popular itu adalah negara Islam, maka para pelancong harus menghormati agama, tradisi, adat istiadat, undang-undang dan agama negara itu setiap masa.

Negara Maldives terdiri daripada kira-kira 1,200 pulau kecil dan terletak kira-kira 400 km  di barat laut Sri Lanka.

(Berdasarkan rakaman video, bloger ini seperti memang senghaja melakukan tindakan tidak senonoh di negara Islam ini dengan niat provokasi atau untuk lebih popular agaknya.)

Post a Comment

0 Comments