Subscribe Us

Angkuh, Tak Serik Lagi, Pasar Ekstrim Tomohan Masih Menjual Daging Haiwan Hidupan Liar, Punca Coronavirus

Kelawar, tikus, dan ular masih dijual di pasar Tomohan Indonesia yang terkenal dengan menjual daging hidupan liar walaupun pihak kerajaan telah mengeluarkan amaran dan arahan menghentikan aktiviti tersebut kerana wabak koronavirus sedang berleluasa di seluruh dunia.

Vendor di Pasar Makanan Extreme Meat Tomohan di Sulawesi Utara berkata perniagaan tersebut masih berkembang pesat, permintaan pelancong masih tinggi, mereka datang ke pasar Tomohan untuk mendapatkan daging eksotik, sold out.
Di Indonesia, kerajaan tempatan dan agensi kesihatan telah mengeluarkan amaran dan arahan supaya aktiviti jualan hidupan liar dihentikan namun arahan tersebut tidak diendahkan.  Orang ramai telah diingatkan agar tidak memakan daging dari binatang-binatang yang disyaki membawa penyakit itu.




Tikus secara tradisional dimakan oleh orang Minahasan dari Sulawesi Utara dalam bentuk hidangan kari seperti Paniki.  'Tikus adalah sumber protein yang paling disukai, khususnya di Sulawesi Utara,' kata William W. Wongso, ahli kuliner Indonesia dan penulis buku masakan.

Manakala kelawar pula, seluruh tubuhnya digunakan dalam hidangan, termasuk kepala dan kepak kelawar.  Sebelum dimasak, kelenjar dari ketiak dan leher kelawar dikeluarkan terlebih dahulu untuk menghilangkan bau busuk.  Ia kemudiannya dibakar untuk menghilangkan bulu kelelawar sebelum dicincang dan dimasak bersama herba, rempah dan santan.  Bahagian paling digemari ialah kepak kelawar.
Menurut Stenly Timbuleng, penjual kelawar, berkata produknya masih laris dijual dengan harga 60,000 rupiah (£3.40).  'Virus ini tidak menjejaskan jualan. Pelanggan saya masih terus datang, "katanya. 

Pasaran Indonesia mempunyai pelbagai jenis makanan seperti ular raksasa, tikus yang diletakkan di atas cucuk kayu, dan anjing-anjing salai.




Restaurateur Lince Rengkuan yang menghidangkan kelawar termasuk kepala dan sayapnya yang direbus dalam santan dan rempah mengatakan itu adalah rahsia cara penyediaan masakan.  'Jika anda tidak memasak kelawar dengan baik maka sudah tentu ia berbahaya,' katanya. 'Kami memasaknya dengan teliti dan setakat ini jumlah pelanggan tidak turun sama sekali.' [dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

0 Ulasan