Suhu turun ke -59C minggu ini
di rantau yang paling sejuk di dunia - di mana pakaian basah mengeras kaku
hanya dalam tempoh beberapa saat sahaja, tetapi penduduk di Siberia
mengatakan ia masih seperti biasa mengikut piawaian mereka.
Walaupun suhu pada -59 celcius, penduduk Siberia masih dapat bersenang-senang melakukan aktiviti harian mereka, bahkan mereka masih boleh berendam dalam ais.
Pengajar sekolah Galina
Davydova di Yakutia, kawasan yang paling sejuk di dunia yang tidak berpenghuni
memperlihatkan bagaimana air cuci tangannya membeku hanya beberapa saat untuk
menjadi ais. Mi untuk makan tengah hari tiba-tiba
mengeras walaupun disinari cahaya matahari.
Penduduk tempatan mengeluh
tahun ini bahawa musim sejuk adalah teruk dan laporan bahawa kampung terkecil
di dunia Oymyakon telah mengalami cuaca suhu di bawah minus 70C minggu ini
sebagai berita palsu oleh ahli meteorologi negara Rusia.
Beginilah jadinya jika lambat dimakan, mi untuk makan tengah hari mengeras menjadi batu
Air panas disimbah ke udara membeku serta merta membentuk bunga api ais
Menyidai pakaian tidak memerlukan tempat penyidai, boleh berdiri
Berendam dalam air berais dengan suhu udara -59 C
0 Comments