Penggunaan bawang goreng dalam
setiap sajian makanan selain mempercantik sajian makanan, ia akan menambah cita
rasa. Teksturnya yang rangup dan gurih membuatkan bawang goreng menjadi perkara wajib dalam setiap masakan.
Walaupun nampak mudah, namun
tidak semua orang dapat memasak bawang goreng menjadi sedap garing dan rangup. Cara mengolah yang kurang tepat akan
menyebabkan bawang goreng tidak sempurna; lembek, berminyak, bahkan pahit
kerana hangus. Berikut beberapa tips disalin dari berbagai sumber cara membuat
bawang goreng agar hasilnya enak rangup dan garing serta tahan lebih lama.
Bahan-bahan yang digunakan
untuk membuat bawang goreng cukup mudah dan mudah ditemukan.
* Pilih bawang
merah yang memiliki kualiti yang baik, saiz sedang dan yang masih segar. Bawang merah segar umumnya akarnya masih melekat pada bawang.
* Hiris tipis-tipis bawang
merah yang akan digoreng. Menghiris tipis bawang merah menjadikan bawang cepat
kering dan matang sempurna dan tidak berminyak.
Cara Menggoreng Bawang
1. Menambahkan Tepung Tapioka ( Tepung Ubi Kayu)
Bawang merang yang diiris
tipis direndam terlebih dahulu dalam air garam. Setelah itu, bawang merah
ditoskan dan ditaburi dengan tepung tapioka hingga bercampur rata. Panaskan
minyak, goreng bawang dengan api sederhana sampai warna kecokelatan.
2.Tepung Maizena dan Tepung Beras
Bawang merah yang sudah dicuci
bersih dihiris tipis. Sementara itu, siapkan tepung maizena dan tepung beras
yang dicampur rata. Taburkan tepung ke bawang merah hiris dan gaul hingga rata.
Siapkan kuali, panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng bawang sambil
sesekali diaduk agar merata. Kemudian angkat dan toskan.
3. Tepung Maizena dan Baking Powder
Bawang merah yang sudah dihiris
direndam dengan air garam selama sekitar 10 minit. Lalu, cuci bersih supaya
getahnya hilang. Siapkan tepung maizena dan baking powder (1 sudu makan tepung
maizena dan 1 sudu teh baking powder). Taburkan pada bawang merah hingga rata.
Goreng dengan api sederhana hingga tampak kekuningan. Kemudian angkat dan
tiriskan.
4. Cuka
Bawang yang sudah dicuci, dihiris
tipis. Lalu tuangkan cuka, aduk rata dan diamkan selama 5 minit. Untuk 500 gram
bawang goreng, boleh menggunakan 4 sudu makan cuka. Setelah itu, bilas dan cuci
hingga bersih. Goreng bawang dengan api sederhana hingga kekuningan.
Selamat mencuba :)
Selamat mencuba :)
0 Comments