Subscribe Us

Teramat Kreatif, Petani Jepun Mencipta Lukisan 3D Pelbagai Imej Dengan Pokok Padi Di Bendang

Inilah Jepun… Penduduk Jepun walaupun petani, mereka sentiasa maju ke hadapan.  Para pesawah di sebuah kampung kecil, telah berjaya menarik ratusan ribu pelancung sama ada dari dalam mahu pun pelancong dari luar negara ke kampung mereka untuk melihat hasil karya seni hidup mereka, iaitu mural 3D sawah padi yang amat menakjubkan.

Seni tanaman tidak memerlukan dakwat atau pewarna, sebaliknya dicipta dengan menanam pokok padi berbagai warna berbeza di sawah.  Setelah pokok-pokok padi membesar ia kemudiannya berkembang menjadi karya-karya 3D yang sangat terperinci di sebuah desa bernama Kampung Inakadate, Aomori, Jepun.  Para petani Xibo begitu bersungguh-sungguh dan amat teliti menanam pokok-pokok padi pelbagai warna sehingga membentuk imej-imej rumit sebagai sebahagian daripada tradisi tahunan mereka.
[Godzilla]
Dalam paparan yang menakjubkan, penonton dapat melihat lukisan seperti mural 3D pelbagai imej termasuklah imej pelacur oiron Jepun,Artis Monroe dan latar langit ikonik Manhattan.

Mural 3D ini meliputi 15,000 meter persegi sawah padi. Dari aras tanah, reka bentuknya tidak kelihatan,  penonton perlu menaiki menara istana yang juga sebagai ofis kampung untuk melihat hasil kerja yang luar biasa.
[A dancer, who is seen wearing a traditional headress, balances a lotus flower on her hand as she waves a piece of material around her in an elegant sequence]
Lebih dari 150,000 pengunjung datang ke kampung kecil ini yang penduduknya hanya 8700 orang, pada setiap musim panas untuk melihat mural luar biasa.

Seni lukis padi ini bermula pada tahun 1993 apabila mereka membentuk imej gunung Iwaki dengan tumbuhan padi ungu dan kuning.
[the family, on a train ride]
[Military figure Ushiawkamaru and Japanese warrior Benkei  cut a striking pose in the 15,000 square metres of paddy fields]
[Samurai]

Catat Ulasan

1 Ulasan

hamdam berkata…


بلیط هواپیما کیش تهران

برای سفر از نواحی تقریبا شمال کشور ایران به جنوب و جزیره زیبای کیش راحت ترین راه مسیر هوایی است تا با داشتن وقت کافی از گردش خود لذت ببرید