Pertempuran berlaku di antara
polis dan ahli bomba yang cuba merobohkan skrin keselamatan semasa protes anti-kerajaan
di Paris hari ini. Video tentang pertempuran itu telah disiarkan dalam talian
semasa berlakunya demonstrasi di ibu kota Paris.
Kesatuan Bomba menganjurkan
protes di Paris untuk menuntut kebajikan kakitangan bomba ditambah baik di seluruh negara. Mereka menuntut pihak kerajaan agar kebajikan berkaitan dengan kenaikan
gaji berisiko dinaikkan dari 19 peratus hingga 25 peratus untuk memenuhi misi, mereka
mendakwa pengurangan kakitangan menyebabkan beban tugas telah menjadi semakin
sukar. Mereka menuntut gaji dan elaun
yang lebih baik.
Punca rusuhan berlaku kerana
pihak polis tidak menghormati pihak Kesatuan dengan menyekat jalan laluan protes
yang telah dimaklumkan awal oleh Kesatuan Ahli Bomba Profesional. Akibatnya berlaku pertempuran di antara polis
dan ahli bomba yang cuba merobohkan skrin keselamatan semasa protes
anti-kerajaan di Paris.
dailymail.co]
0 Comments