Tidak dinafikan hampir semua syarikat
penerbangan sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti perkhidmatan masing-masing terus
berkembang maju seiring dengan teknologi terkini serta ciri-ciri estetik dan inovatif. Ciri-ciri penambahbaikan segala kemudahan perkhidmatan dalam penerbangan akan tetap berterusan demi keselesaan
penumpangnya.
Anda mungkin telah melihat
satu lagi ciri yang agak konsisten, dan bersifat estetik iaitu tempat duduk penumpang
kebanyakan syarikat penerbangan berwarna biru. Syarikat penerbangan gergasi
dunia seperti Southwest, American Airlines, dan United Airlines semuanya
mempunyai tempat duduk penumpang disalut dengan warna biru dalam armada mereka.
Mengapa demikian? Antara sebab yang
logikal dan menarik, biru merupakan warna yang paling praktikal ialah;
Pertama, tempat duduk warna biru
adalah antara yang paling mudah untuk menjaga kebersihan atau sekurang-kurangnya
cara terbaik untuk mengelakkan mudah kotor atau comot, bagi memastikan penampilan
yang bersih. Biru membolehkan kotoran dan noda agak tersembunyi ke dalam fabrik
yang berwarna agak gelap.
Kedua ialah ramai orang yang
menyatukan warna biru dengan rasa kedamaian dan kesejahteraan. Memandangkan perasaan
cemas semasa berada di awan biru adalah perkara biasa, maka logiknya banyak syarikat
penerbangan menggunakan warna biru menjadi pilihan utama kerana ia mempunyai kesan
yang menenangkan.
Ketiga, syarikat penerbangan juga
menggunakan warna biru sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan, namun
beberapa syarikat penerbangan utama A.S. memilih warna merah sebagai identiti mewakili
Amerika. Di peringkat korporat, ia melambangkan rasa amanah, satu lagi sentiasa positif
apabila anda membenarkan juruterbang membawa anda melalui langit pada kelajuan
sehingga 575 batu sejam.
Anda akan melihat pilihan reka
bentuk lain di syarikat penerbangan seperti Virgin Atlantic, sebagai contoh,
mempunyai tempat duduk warna merah, namun kemungkinan utama bahawa warna biru
akan tetap menjadi warna paling dominan di udara untuk masa depan yang boleh
dijangka seterusnya.
0 Comments