Memiliki haiwan peliharaan
memang lumrah dilakukan oleh kebanyakan orang. Antara haiwan peliharaan yang
disukai ramai di dunia adalah kucing. Haiwan jinak berbulu, comel dan lucu ini
kerap dipilih masyarakat sebagai haiwan peliharaan, bahkan menjadi teman ketika
berada di rumah.
Tahukah anda, menyukai kucing mempunyai
manfaat yang akan membuat hidup kita panjang umur kerana merasa bahagia?
Menurut kajian yang dilakukan
oleh pakar psikologi, disalin dari Healthline, kajian yang dilakukan di
Australia menemukan bahawa orang yang memelihara kucing memiliki kesihatan
psikologis yang lebih baik dibanding mereka yang tidak memiliki haiwan
peliharaan. Tahap stres seseorang yang memelihara kucing lebih rendah. Pemilik haiwan peliharaan merasakan hidupnya
lebih bahagia, mempunyai keyakinan diri, jarang merasa gelisah, kualiti tidur
yang lebih baik dan lebih baik dalam menghadapi masalah hidup.
Kebaikan untuk anak-anak pula,
memiliki peliharaan kucing hasil kajian yang dilakukan pada lebih dari 2200
anak-anak usia 11-15 tahun, anak-anak ini memiliki kualiti hidup lebih baik,
lebih bahagia dan bertanggung jawab. Anak-anak
lebih energik di sekolah, tidak merasa kesepian dan malah walaupun sendirian.
Anda tidak perlu khuatir
tentang kesihatan anak. Selagi kebersihan
dan kesihatan kucing dijaga, dan anak tidak sembarangan mencium dan tertelan
bulu kucing, risiko penyakit adalah amat kecil.
Jadi, jika anda belum memiliki
haiwan peliharaan di rumah, cubalah untuk menjadikan kucing sebagai binatang
peliharaan agar lebih bahagia.
0 Comments