Subscribe Us

Lukisan Tampal Seluar Jeans Lama Jadikan Artis Ini Terkenal Seluruh Dunia

Siapa sangka seluar jeans kegemaran anak-anak-muda seluruh dunia boleh bertukar menjadi lebih istimewa dan unik apabila bertukar tangan kepada seorang insan seni. Itulah hakikat sebenar yang tidak terduga oleh orang ramai.

Seorang artis seni pro Inggeris Ian Berry telah menemukan cara untuk mengitar semula denim lama, dengan menggunakannya untuk membuat karya seni yang indah berupa lukisan-lukisan indah dan menarik seperti potret landskap dan sebagainya.

Seni Denim itu simple tetapi sangat  cantik. Ian Berry menggunakan seluar jeans lama, sepasang gunting dan gam untuk membuat semua karya seni dengan begitu halus.


Artis kelahiran Netherton Ian Berry, telah menempa nama untuk dirinya sendiri selepas seni uniknya terkenal di seluruh dunia. Sukar untuk mempercayai idea menggunakan denim lama sebagai medium untuk seninya bermula kira-kira enam tahun yang lalu apabila ibunya membersihkan bilik lamanya. Ian Berry mendapati banyak seluar jean dan denim lama dengan warna-warna yang berbeza. Beliau terus mengumpul dan menyimpannya,  tetapi hanya kira-kira 18 bulan kemudian Ian barulah mula melakukan sesuatu dengan seluar jean yang terkumpul.  Tidak seiapa pun yang menjangka percubaannya akan membuatkan dia dan seni denimnya menjadi terkenal di seluruh dunia.

Ian Berry berhenti kerja sepenuh masa dalam perusahaan iklan untuk menumpukan perhatiannya pada seni. Perjudiannya terbayar dan tidak lama selepas itu karya-karya seni denimnya mendapat perhatian eksklusif di Sweden dan Amerika Syarikat, dan di seluruh dunia.

Post a Comment

0 Comments