Subscribe Us

Lihat Bagaimana The Lion King Merenggut Pumbaa Si Babi Hutan Dari Lubang Persembunyiannya di Bawah Tanah

Dalam filem klasik The Lion King, Pumbaa the warthog dan Simba Raja Singa adalah kawan baik tetapi berbeza dengan kehidupan nyata tidak seperti keajaiban dalam filem animasi Disney.

Rakaman video yang menyedihkan menunjukkan warthog menjerit-jerit semasa diseret dari lubang persembunyiannya oleh Sang Singa yang sedang kelaparan dalam paparan kehidupan alam semula jadi di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.

Jameson Aradalen, 21, dari San Diego, California, berjaya merakam peristiwa tersebut yang pastinya satu pengalaman baru paling menarik pernah dialaminya, dan tidak mungkin akan dilupakan.


Beliau berkata: 'Semasa saya menginap di White Elephant Plains Game Lodge di Taman Negara Kruger, saya mengalami salah satu peristiwa paling menarik semasa di safari.

Rakaman video tersebut menunjukkan bagaimana kekuatan singa muda berusaha menggali dan mengheret keluar babi hutan dari dalam lubang bawah tanah.

Babi hutan umumnya merupakan binatang yang agresif, dilengkapi dengan dua set gigi taring kuat dan tajam.



Apabila diserang, biasanya babi hutan akan mempertahankan diri dengan mulutnya yang bertaring tajam.  Namun ia tidak mampu untuk menewaskan si raja hutan yang penuh dengan segala kekuatan dan ketangkasan memburu mangsanya. [dailymail.co]

Catat Ulasan

0 Ulasan