Seorang penjual roti di Pulau
Pinang tetiba menjadi terkenal degan sekelip mata menerusi internet selepas seorang artis jalanan
berkongsi kenangan manis semasa membesar dengannya selama 30 tahun yang lalu.
Acit Raman Abdullah seorang
artis jalanan bersama rakan-rakannya melukis gambar mural lelaki, yang dikenali sebagai
Muniandi, pada sebuah dinding bangunan lama di Balik Pulau. Beliau masih kekal
mengingati bagaimana penjual roti yang baik hati ketika dia masih kecil yang suka
melukis di atas tanah bawah pokok manggis di Permatang Tengah.
Acit yang kini menjadi artis sepenuh
masa bersama rakannya Andhar A Samah, memutuskan segera menghubungi En Muniandi
untuk bertanya sama ada beliau bersetuju saya melukis wajahnya pada mural
sempena Festival Balik Pulau.
Apa yang mengejutkan dan menyentuh perasaan Acit, En Muniandi
masih ingat dengan jelas bagaimana kehidupan serta hubungan antara mereka 30 tahun
dahulu. En Muniandi masih ingat dengan
keluarga Acit dan ibunya yang sering menukar wang syiling dengannya, dan tahu
tempat tinggal Acit.
Beliau menambah bahawa
Muniandi adalah "legenda" di Balik Pulau dan penduduk dari semua kaum
sudah mengenalinya.
"Apa yang paling saya
kagum dengannya adalah pengorbanannya bekerja keras menyara dan menyekolahkan
anak-anak demi keluarganya.
"Anak-anaknya semua telah
berjaya, ada yang menjadi doktor, peguam, dan, jika saya tidak salah, satu lagi
belajar untuk menjadi seorang jurutera kimia. "Hats off untuk Pakcik Muniandi”
Siaran Facebook Acit Raman
mengenai penjual roti yang rajin di Pulau Pinang telah mendapat perhatian umum tertinggi
di internet selepas dia berkongsi kenangan manis yang membesar dengannya selama
30 tahun yang lalu.
Mural Muniandi terletak di pos
11000 di Balik Pulau dan menggambarkan lelaki itu dengan motosikal kesayangannya
tempat menyimpan semua rotinya.
Itulah kisah di sebalik mural
yang cantik seorang tukang roti yang rendah hati yang menghiasi dinding di
Balik Pulau. [Malay Mail Online]
0 Comments